Mereka yang sudi.......

Sunday, April 1, 2012

Goreng Udang Dan Bendi merah

Salam hari minggu untuk semua.Sekali sekala menikmati hari minggu yang santai dan tak ada programe nak kemana-mana pun best juga ya. Kalau tak setiap Ahad nak kena luangkan masa untuk hantar little laling kekelas dramanya.Hari ni kelasnya dicancel maka dapat la kita duduk diam2 kat rumah.
Ini menu malam tadi dan sambungan cerita bendi merah dalam N3 sebelumya.Sebenarnya ini kali pertama P.Ros tengok bendi merah.Jaga dikawasan perumahan ni ada berikan benih pokok bendy untuk hubby tanam dan bila berbuah mata kami berdua terbeliak tengok buah bendi warna merah.Apa lagi My laling terus buat research kat internet dan katanya bendi tu boleh dimakan dan minta kita masakkan apa2 resepi mudah mengunakan bendi tu.
Maaf cakap makcik ni masih takut nak masak bendi tu dgn alasan kalau boleh makan kenapa tak pernah tengok org jual kat mana-mana pasar???(terasa jakun diri ni bila berjumpa beberapa orang yang pernah dan tahu pasal bendi merah dan ditambah dgn info kacang panjang pun ada yang warna merah) OMG......rasa macam katak bawah tempurung pulak weh!!!!Untuk lebih menyakinkan diri ini kita buat ressearch sendiri dan jumpa artikel dari utusan Malaysia pasal bendi merah ni .So sah-sah la boleh makan.
Masih tak tahu apa nak masak dgn bendi ni..yang pastinya masak kari kan???tapi raja kemalasan sedang bertahta dihati dan laling asyik pok-pek pok-pek...so jumpa udang dalam peti ais dan inilah resepi rengkas pertama mengunakan bendi merah ni.nanti P.Ros update lagi bila dah cuba resepi yang lain pula ya.
Bendi merah ni bila dah dimasak akan bertukar menjadi hijau seperti bendi yang kita biasa beli.Dari segi rasa ianya tetap sama.
Bahan-bahannya:
* 15 ekor udang
* 5 biji bendi merah
* 1 biji bawang  besar 
* 2 ulas bawang putih
* 4 biji cili hijau
* 1 biji cili merah
* 1 biji capcicum
* Garam dan kunyit secukup rasa
* 1 ke 2 pelepah daun kari
* 1 sudu serbuk kari 
Cara memasak
1- Bersihkan udang dan buang kepala serta ekornya.Toskan airnya.Gaul udang bersama kunyit dan garam.
2- Bendi dibasuh bersih dan keringkan airnya,baru dipotong nipis.
3- Panaskan dalam 3 sudu besar minyak masak dan tumiskan bawang putih yang telah dipotong halus.Kemudian masukkan pula daun kari.dan goreng hingga kedua-dua bahan garing.
4- Masukkan udang dan kacau-kacau sedikit.Masukkan pula rempah kari.Goreng hingga udang bertukar warna merah.
5- Masukkan bendi dan kacau senbentar.masukkan pula potongan bawang dan cili.Kacau hingga semua bahan agak layu sedikit dan tutup api.Angkat dan siap untuk dihidang.
                                                                                  happy cooking

6 comments:

  1. oh..dah masak warnanya hijau ya.. tak menggerunkan sangat ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu herny,ingatnya warnanya kekal,rupanya tidak.masuk je kuali terus jadi hijau.magic le....

      Delete
  2. Pandai pula dia bertukar warna ye... dari merah jadi hijau??? Kena buat research seterusnya ni Puan Ros.. he he heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Amie..rupanya dia ada magic..dari kaler merah dia tukar kaler hijau,nasib baik tak turun warna buat semua jadi merah..confirm takut kak Ros nak makan kalau semua jadi kaler merah.

      Delete
  3. Bendi merah tu bila dah dimasak dah tak warna merah ye kak Ros.. Tak pernah makan bende merah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Naz,bendi hijau dan merah ni rasanya sama je.Kalau rumah dekat boleh kak ros unjuk dua tiga biji ka nadz kan???

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info