Peria Goreng Rangup

Salam Hari minggu.Lagi satu masakan India yang menjadi kegemaran kaum kerabat dan isi rumah ni.Peria goreng garing kalau dimakan dgn nasi daun pisang memang syok dan hanya mereka yang menyukainya saja yang tahu akan nikmatnya. Resepi yang simple dan sangat sedap dan rangup.Enak dimakan begitu saja.Buat sebiji pasti tak cukup. Bila dimakan pasti nak lagi dan lagi dan lagi.... Peria goreng ni dihidang dengan nasi dan kari ayam yang dimasak untuk dicicah dengan roti jala untuk makan tengahari tadi. wallaaaa.....pastinya nak lagi dan lagi.......

 Bahan-bahannya
* 1 batang peria
* 4 sudu besar tepung beras
* 1 sudu besar tepung jagung
* 2 sudu kecil serbuk cili
* 1 sudu besar rempah kari 
* 1 sudu kecil serbuk kunyit
* 1/2 sudu kecil garam
* 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
* 1 sudu besar air
Cara memasak
1- Basuh bersih peria dan potong bulat dan sama nipis.Buang bijinya dan bahagian bewarna putih dgn mengunakan tangan.Rendam potongan peria dgn 1 sudu garam dan 3 sudu gula selama 1/2 jam.
2-Toskan air rendaman peria dan pastikan airnya kering (boleh gunakan kitchen towel untuk mengeringkan airnya.Masukkan peria kedalam satu mangkuk besar.
3- Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk peria tadi kecuali air.Gaul semua bahan hingga rata dan sebati.
4- Masukkan 1/2 sudu air dahulu dan gaul rata.Jika ianya nampak masih agak kering masukkan 1/2 sudu air lagi.Pastikan campuran tidak terlalu cair atau terlalu pekat dan tepung bersalut cantik pada peria.
5- Panaskan minyak masak secukupnya dalam non-stick pan.Bila minyak dah betul-betul panas masukkan peria sekeping demi sekeping dan jangan digoreng terlalu banyak pada sesuatu masa.
6- Goreng peria hingga betul-betul garing.Angkat dan toskan minyaknya.Makan bersama nasi panas dan kuah kari.wala....
                                                                  happy cooking

 

Comments

  1. peria goreng ni makan dgn kari memang terangkat kan Ros?...^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nim,betul tu kalau makan peria goreng ni terangkat habis...

      Delete
  2. Kalau gi KL, Along mmg carik ni kat kedai mamak...selera makan nasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Along,peria dan kedai mamak,satu kemestian bagi kami.Sebab bila dah habis makan balik rumah masih boleh cium tangan untuk bau karinya yang menyengat.

      Delete
  3. Salam kak ros! peria goreng??? pahit tak kak? hihihi... kita yg membuatkan kita ni tak makan peria sbb pahit :D ngada2 kan tekak kita? :D tp teringin sgt nak makan sbb kita suke sayur2 :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ija.Bila dah goreng macam ni,pahitnya dah tak jadi hal.Seba rasa rempah ratus tu menyebabkan rasanya lagi sedap.Mesti cuba ya ija.

      Delete
  4. salam kenal dan ziarah disini..
    blog yg menarik..x pernah lg jumpa peria goreng..sedap x?..
    sy follow blog akk yer..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam zila,thank you sudi singgah dan follow ya.Peria goreng ni sedap.Sila cuba ya.

      Delete
  5. Salam Kak Ros..ni pun antara kegemaran saya juga..selalu saya guna peria katak tapi selalu goreng simple jeee main salut ngan tepung jagung...Len kali kalau ada kerajinan, nak cuba resipi ni juga lah...

    ReplyDelete
  6. Salam Puan Ros, dh lama k.gee tak buat peris goreng ni...mmg sedap...lemak2 gitu kan...

    ReplyDelete
  7. Mmg best. Tq tuan punye resepi

    ReplyDelete
  8. Br je try jap td alhamdulillah jd.. Walaupun bncuhan tcair sikit hehe

    ReplyDelete
  9. salam...mmg kne mkn dgn kari jer ke?klu mkn dgn msk lemak cili padi ok x?tq

    ReplyDelete
  10. Fazliana biasanya peria ni dihidankan direst mamak atau rest nasi india..so kalau makan dgn kari memang ngam..tapi ikut selera masing2 la.

    ReplyDelete
  11. Tq yer sebab share resepi ni... dah buat dan menjadi. Semoga makin murah rezeki anda. Amin

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts