Mereka yang sudi.......

Friday, March 16, 2012

Sosej Bun

Salam untuk semua. Dah bertahun rasanya tak buat sausage bun ni.Sausage bun juga merupakan resepi pertama yang P.Ros belajar dikelas masak Bake With Yan bertahun dulu.Entak kenapa ya resepi ni bagaikan dah dilupakan pulak .
Dua tiga hari lepas terpandang  sosej bun bentuk bunga yang izah buat,nampak sangat cantik dan sedap.
Kebetulan little laling is going the spend her day at her best friends place yesterday.jadi P.Ros buat sosej bun ni untuk sarapan mereka.Sausage bun ni dibuat simple saja tampa sayur-sayuran dan juga cili sos yang sedikit sebab takut mereka tak suka makan.
Untuk yang dah terlebih dewasa pula P.Ros masukkan hirisan bawang besar supaya tak kosong sangat.Lembut dan sedap.Dah rancang nak buat lagi hujung minggu ni sebab sang2 princess yang bekerja tak sempat merasanya semalam.
Izak Kak Ros copy paste sini ya.Thank you juga untuk tuan punya resepi asal CMG.
CNP from : Izah Muffin Lover
BAHAN-BAHANNYA :
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
10 batang sosej "Ayamas", celur sekejap, tos dan sejukkan
Mayonnaise secukupnya
Sos cili/sos tomato, secukupnya
Mix vege secukupnya

CARA MEMBUATNYA :
UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu). Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian (seperti dalam gambar).
Kemudian, bentukkan seperti dalam gambar dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir ditolak ketengah2 bahagian membentuk sebagai tampuk bunga. Tekan sedikit biar kelihatan kemas. Alih alam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.
Sapu dengan baki telur tadi (30 gram) rata2. Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....
Nota:P.Ros tak letakkan susu tepung sebab tak pernah beli susu tepung.
          P.Ros memotong sosej yang telah dibungkus dgn tepung rpti mengunakan gunting.Gunting dalam 10 keratan jangan sampai putus.

                                                                                    happy cooking

8 comments:

  1. salam kak ros.. tun pun duk tgh berkira2 nk wat roti jugak ni.. tp susu tepung pulak habis.. last time try ganti ngan susu sejat, tp xpandai adjust air tu terlembik doh. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tun,for the record kak Ros tak pernah masukkan susu tepung dalam resepi yang mengunakannya sebab kak Ros tak pernah beli susu tepung Peti cuma dipenuhi dgn fresh milk.Tapi rotinya tetap sedap Tun.

      Delete
  2. salam ros. Lama kita tak ngacau awak. Bundo pun dah lama tak meroti ni. Teragak pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bundo..best ke cuti???sama la kita pun lama tak singgah rumah bundo..nanti kita datang ya.

      Delete
  3. Salam Puan Ros..
    baru nmpk kat dapur Izah...tup tup dah sampai kat sini...buat ngences jer hehehe

    ReplyDelete
  4. Kak Ros,sukenye Rahel tengok sosej bun ni...cantik sangat kejadiannya,cam nak try buat la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rahel,kak ros nak buat lagi sekali hari minggu ni.suka....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info