Mereka yang sudi.......

Tuesday, March 6, 2012

Lemon Meringue Tart

Salam untuk semua..Tart lemon dibuat untuk minum petang ahad lepas. Rasanya yamg masam-manis memang memikat hati.Tapi rasanya tak semua org akan menyukai tahap kemasaman rasa lemon pada tart ni. So jika hati teringin nak buat senang je,kurangkan jumlah  jus lemonnya.Tart ni memang sesuai dimakan dimusim panas begini.Resepi tart dan lemon curd pada N3 dibawah tu adalah hasil mengeledah dapur Kak1.Thank u kak1.Ni masam2 menyengat ni!!!!!!!kak1  buat kecil2 comel, tapi P.Ros buat dua biji saiz sederhana sebab malas...............apa pun tetap suka dan sedap. Kita buat kita makan mesti sedap!!!!hihihihi

Bahan-bahan Kulit Tart
* 210 grm tepung gandum
* 1/8 sudu garam
* 113 grm butter
* 50 grm gula castor
* 1 biji kuning telur gred A-pukul ringan
Bahan Untuk Maringue
* 4 biji putih telur
* 130 grm gula castor
* 1/2 sudu kecil cream of tartar
Cara membuat kulit tart
1- Satukan gandum dan garam dan ketepikan.Pukul mentega dan gula mengunakan senduk kayu hingga lembut dan kembang.Masukkan kuning telur dan kacau sebati(jangan overmix).Masukkan pula tepung gandum dan gaul hingga menjadi doh.Bungkus dalam plastic dan simpan dalam peti sejuk selama 30 miniut.
2- Keluarkan doh dan canai setebal 1/8 inci dan masukkan kedalam acuan tart.Trim tepinya dan cucuk dasar tart dgn garpu.Simpan semula didalam peti sejuk selama 20 minit lagi.
3- Panaskan suhu pada 180C dan bakar tart separuh masak selam 15 minit(bergantung pada saiz tart).Keluarkan kulit tart dari oven dan sejukkan dulu sebentar.
4- Setelah kulit tart sejuk masukkan lemon curd dan ratakan atasnya.Bakar lagi selama lebih kurang 10 ke 15 minit.
5- Keluarkan tart dari oven dan pipekan meringue diatas nya semasa lemon curd  masih panas dan bakar selama 5 minit lagi mengunakan api atas sahaja sehingga meringue kelihatan keperangan.
Cara membuat maringue
1- Pukul telur dan cream of tartar sehingga berbuih.Masukkan gula dan pukul dgn kelajuan tinggi sehingga bertanduk.Masukkan kedalam piping bag dan bolehlah dipicit diatas permukaan lemon curd.
Nota: Bahan kulit tart masih ada berbaki separuh sebab P.Ros mengunakan 2 acuan remekin yang kecil ni., dan resepi lemon curd dibawah tu cukup-cukup untuk 2 biji lemon tart ni.
P.Ros juga hanya mengunakan 3 biji telur untuk meringue.


                                                                 happy cooking

9 comments:

  1. Ros, terlior k.gee tgk tart tu... tak pernah buat lagi... tp rasanya nk try laaa..

    ReplyDelete
  2. rajinnya buat tart..nak seketul..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Q..hari ahad kena rajin sikit.kalau tak petang2 abg terlopong la tak tahu nak makan apa for tea time.

      Delete
  3. saya suka tart ni...kalau puan ros malas buat besar gituw..rasanya saya 2kali malas....akekekekekkee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tart masam2 manis ni P,Ros suka Bitt....kes gentel benda2 kecik ni memang malaskan?Tapi bab makan rajin la pulak!

      Delete
  4. Iera..next time kalau K.Ros buat boleh la jemput iera merasanya ya..

    ReplyDelete
  5. As'salam Kak Ros

    dah lama mencari resipi lemon curd ni, haa..dah ada bolehlah buat nanti.

    memang betul kalau ada yang tak suka masam kena kurangkan sukatan lemon jus tu..ngencessss lah kak Ros pagi2..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info