Mereka yang sudi.......

Sunday, March 18, 2012

Kerabu Tomato Dan Daging Bakar

Salam untuk semua. Kat dapur rumah ni banyak sungguh buah tomato yang belum betul2 masak dan juga cili hijau.Ini Semua hasil tanaman my laling.Cili dan tomato berbuah dgn lebatnya.Tapi sayangnya disebabkan cuaca yang tak seperti kat cameron tu (agaknya la...) buah tomato terpaksa dipetik sebelum masak sebab kalau tak dipetik ianya jadi merekah dan terpaksa dibuang begitu saja.Sayang sungguh.
Hari ni pada mulanya P.Ros agak buntu apa nak dibuat dgn tomato yang agak banyak dan belum masak tu. Duduk dan berpikir sejenak,tomato ni kalau dipotong mesti crunchy. Maka menjelmalah idea untuk buat kerabu atau salad.Dipikir pula apa yang nak dicampur dalam kerabu ni.Buka frezer dan nampak ketulan daging yang tidak la sebesar mana.Terlintas untuk buat daging bakar.Dengan gabungan 2 bahan utama ni lahirlah resepi kerabu tomato daging bakar ni. Memang sedap dan boleh dijadikan starter yang akan membuka selera dan makan nasi perpinggan-pinggan.Salah siapa?????? kalau badan tak nak turun2....tukang kebun ke tukang masak????? but having this lovely kerabu for Sunday lunch with your beloved family..emmm...emmmm..... no body to be blamed la.......

Bahan-bahannya
 * Dalam 10 biji tomato hijau
* 1 labu bawang besar bersaiz besar dipotong halus
* 5 biji cili hijau
* 5 biji cili padi (tak boleh masuk banyak2 nanti little laling tak leh makan)
* 3 tangkai daun kesum atau daun pudina ( dua-dua pun tumbuh  dengan lebatnya) 
* Jus dari 2 biji limau
* Garam dan gula secukup rasa
* 150 grm daging lembu
Cara menyediakan
1- Potong daging menjadi kepingan besar yang nipis dan basuh hingga bersih. Gaul daging dengan sedikit  garam dan lada hitam.Biarkan sebentar. Panaskan non-stick pan diatas dapur dan atur daging diatasnya. Bakar daging dgn cara membalik-balikkannya sehingga masak dan kedua-dua belah daging menjadi brown.Angkat dan ketepikan.
2- Potong nipis semua bahan dan masukkan dalam satu mangkuk besar. Perah jus limau,masukkan garam dan gula dan gaul rata semua bahan.
3- Potong daging yang dibakar tadi secara memanjang dan halus.Masukkan kedalam mangkuk kerabu tadi dan gaul semua bahan hingga sebati. Rasa dahulu sebelum dihidang dan tambah apa2 perisa yang patut mengikut selera masing-masing. Hidang la bersama nasi panas.


                                                                   happy cooking

2 comments:

  1. Kak Ros,Rahel suka mkn kerabu macam ni..betul2 sihat punya menu...

    ReplyDelete
  2. assalam ros..kawan acik kerap jugak bagi tomato..dan tomato cherry..boleh buat jugak ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info