Mereka yang sudi.......

Sunday, March 18, 2012

Sup telur Putih dan Tauhu

Salam untuk teman semua.Sup adalah masakan kegemaran kaum cina. So my laling memang suka minum sup. Untuk resepi ni actualy bukan la resepi sup yang boleh diminum.Tapi kuahnya membuatnya kelihatan seperti sup,tapi sup yang agak pekat dan boleh dicurahkan keatas sayur.Ditambah pula dengan adanya tauhu,bertambah-tambah la sukanya my laling.Resepi ni dimasak sebab ada 3 biji putih telur lebihan dari buat butter prawn kat bawah tu. So untuk dinner malam tadi kami makan masakan chinese style.And my laling said I Like....

Bahan-bahannya
* 2 keping tauhu dipotong sederhana tebal
* 3 biji putih telur
* Beberapa keping daun lettuce
* 1/2 keping stock pati ayam
* 2 ulas bawang putih dihiris halus 
* Sedikit potongan bawang besar
* secubit garam dan gula
Cara memasak
1- Potongan tauhu di golekkakn dalam tepung jagung dan digoreng hingga garing.Angkat dan ketepikan.
2- Panaskan air +  1 sudu kecil minyak makan dalam periuk dan celur lettuce untk 2 3 minit.Angkat dan toskan airnya. Atur kepingan daun lettuce dalam pinggan yang agak besar.
3- Aturkan pula kepingan tauhu yang digoreng tadi diatas daun lettuce.
4- Panaskan 1 sudu besar minyak masak dan goreng bawang putih hingga naik bau dan masukkan potongan bawang besar. Masukkan 1 cawan air dan biarkan ia mendidih.Masukkan pula kepingan stok ayam.Kacau rata.
5- Tuang telur putih kedalam kuah yang sedang mendidih dan kacau dgn laju.Kacau hingga telur kelihatan masak.
Tambah gula dan garam secukup rasa.Tutup api.
6- Curahkan sup tadi keatas pinggan tauhu dan lettuce.Hidang dengan segera bersama nasi panas.
                                                                    happy cooking


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info