Mereka yang sudi.......

Friday, December 30, 2011

Crispy Tortilla

Salam .This is a very nice finger food and easy peasy to make. Dapat idea dari chef Riz master chef and I remembered I did made something like this and posted it in my blog sometime last year,boleh refer kat sini.Resepi2 begini memang sedap untuk minum petang atau jadikan makanan finger food masa lepak2 dan pastinya tak boleh brenti makan.I made this when Eric and Sharon came for a visit last monday.Everybody enjoyed it..hope you all like it too.

Bahan asas
* 1 packet tortilla (P.Ros guna tiga keping je)
* 1 biji puteh telur
* Bijan secukupnya
Cara memasak
1- Gunting tortilla mengikut saiz dan bentuk yang disukai.
2- Sapu rata putih telur diatas tortilla
3- Taburkan pulak bijan
4- Bakar dalam oven dgn kepanasan 170 selama lebih kurang 5 ke 7 minit (bergantung pada oven masing2) hingga tortilla keperangan.Angkat dan hidangkan.
Nota: 
Tortilla ni rasanya akan kelihatan lebih handsome jika dipotong panjang2 (mula-mula P.Ros potong panjang lepas tu dipendekkan dan lepas tu menyesal)
Kena rajin berdiri depan oven semasa membakar sebab  ianya unpredictable.Tiba2 je boleh hangus (sekeping yang pertama P.Ros buat terbakar hangus)
                                                            happy cooking

Thursday, December 29, 2011

Karipap Roti


Salam to all.Ini karipap bidan terjun.pagi tadi bangun dan tak tahu nak masak apa for breakfast sebelum pegi office(sebenarnya musim cuti sekolah ni P.Ros masuk opis pukul 11 pagi)so ada la sikit masak nak main masak2 kat dapur.Sambil jalan kehulu kehilir,teringat malam tadi my laling asked.." mama there is 1 and half packets of bread on the table.You better think of what to do with it before it expired!!!!!alamak..apa nak masak ya.Tenguk dekat bakul ada kentang dan dalam botol ada serunding daging.Serunding daging ni bukan mudah nak dihabiskan sebab anak2 dara kat rumah ni tak berapa suka nak makan serunding tu.Tak tahu dari mana munculnya idea nak buat karipap dgn roti.Mungkin sebab malas nak adun kulit karipap kot..Idea karipap roti ni tiba2 je muncul,dan alhamdullilah menjadi pulak. Sedap dimakan semasa panas bersama secawan kopi.Jom tengok resepi jika berkenan ya.
Resepi Asal Karipap Roti : P.Ros@SinaranMenu
Bahan-bahannya
* 12 keping roti
* sebiji telur untuk egg wash
Bahan Inti
* 3 biji kentang didadu
*1/2 biji bawang besar didadu
* 2 1/2 sudu besar rempah kari
*2 biji bawang putih potong halus
* 1 keping chicken stock
* 1 cawan air
* Garam dan gula secukup rasa
* 3 sudu besar minyak
* 1 mangkuk serunding daging (boleh guna isi ayam atau daging sebagai alternative ya)

Cara menyediakan
1- Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih hingga naik bau.Masukkan pula bawang besar dan kacau rata.Masukkan pula rempah kari yang telah dicampur sedikit air.Goreng hingga sedikit garing.
2. Masukkan kentang dan kaca rata.Tuang air dan biarkan bahan mendidih.Masukkan serunding daging(Serunding ni biasanya panjang2 so P.Ros gunting kan menjadi lebih kecil).
3- Masukkan bahan perasa dan tambah apa yang patut mengikut selera masing-masing.Masak dgn api perlahan hingga kentang empuk dan airnya kering.Angkat dan sejukkan.

Cara membuat karipap.
1- Gelek roti hingga nipis dan potong bentuk bulat mengunakan bentuk cawan atau mankuk.
2-Letak sesudu inti dan cantumkan kedua bahagian tepi dan picit sekeliling tepinya.Lepas itu gunakan garpu saiz kecil untuk  menekan bahagian tepi karipap.
3- Susun karipap atas dulang dan sapu telur hingga rata (pastikan tidak banyak telur meleleh dibawah karipap sebab takut ia melekat pada dulang .
4. Bakar karipap roti dgn oven yang dipanaskan pada suhu 180C selama lebih kurang 15 minit atau hingga kelihatan perang.
Nota : Pada sapa2 yang tak ada anak kecil boleh tambah potongan cili jika suka
           Inti yang dibuat ni cukup untuk 24 biji karipap.Tapi P.Ros buat 12 biji je.Balance inti tu Dibedal macam tu je 
           depan lapy.
           sebelum dimasukkan gula dan garam cuba rasanya dulu sebab serunding sudah ada rasa masin manisnya.Cuma
           tambah apa2 yang patut jika perlu.
           Karipap boleh dikeluarkan dari oven setelah 10 minit dibakar .Balikkan ia dan sapu telur pada bahagian yang 
           belum disapu telur tadi dan masukkan semula kedalam oven.
                                                        happy cooking

Tuesday, December 27, 2011

Chee Cheong Fun

Salam untuk semua.Ini kali kedua P.Ros masak chee cheong fun for breakfast.Kali ni dimakan dengan tauhu dan fish cake dan sos manis yang P.Ros buat sendiri.Juga diletakkan sos cili bawang putih dan rasanya memang sedap.Kebetulan our  good old friends from penang (Eric, Sharon and their daughter merisa) drop by for a visit.So dapat la mereka merasa homemade chee cheong fun. Eric love it and asked me."  Ros are you a chinese or what .. how come you know how to cook this type of food????" hello uncle ...I'm not,but your friend yang kat sebelah tu(my laling) is chinese la.. sudah lupa ke???.hihihi....Anyway it's wonderful to see you all again after 5 years.Will surely come to visit you in Penang one of this day.
Untuk resepi hari ni P.Ros gandakan resepi ni dan tambah lagi satu sudu wheat starch.Kat sini P.Ros letakkan resepi sosnya aje ya.
 Untuk sos
* 1 sudu kacang masin (P.Ros guna cap tamin)
* 3 sudu besar sos hoisin
* 2 sudu besar kicap manis
* 1 mangkuk sedang air
* 1 sudu kecil minyak bijan
*2 ke 3 sudu besar gula (bergantung pada kemanisan yang diingini ya)
*1 sudu kecil tepung jagung dibancuh bersama sedikit air
Masukkan bahan * kedalam blender dan blend sampai kacang masin  hancur. Masak sos hingga mendidih.Masukkan gula dan minyak bijan. kacau sebati..Masukkan pula bancuhan tepung jagung dan biarkan mendidih sebentar. Tutup api dan boleh dihidangkan sejuk atau panas.
Nota: tambahkan bancuhan tepung jagung sekiranya kuah cair sebab saiz mangkuk kita mungkin berbeza.

         Chili sos bawang putih cap kampung koh yang memang sesuai untuk chee cheog fun ni.

                                                                 happy cooking

Monday, December 26, 2011

White Chocolate Brownies

Salam untuk semua,Brownies ni adalah salah satu resepi yang dibuat pada hari krismas.Brownies ni simple dan senang untuk disediakan.
Bahan-bahannya
* 250 grm white coklat
* 250 ml double cream
* 100 grm chocolate chips
* 30 grm butter
* 2 biji telur
* 1 cawan gandum
* 100 grm almond nib


   Cara-caranya
1- Masukkan white chocolate,choclate chips dan cream kedalam mangkuk dan masukkan mangkuk kedalam microwave selama beberapa saat. Bila choclate dah kelihatan separuh cair keluarkan dan masukkan pula butter.kacau hingga butter larut didalam campuran coklat.
2- Pecahkan 2 biji telur kedalam bancuhan chocolate tadi dan kacau rata.
3- Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau sebati.Taburkan almond nib kedalam bancuhan dan kacau dan balikkan adunan.
3- Masukkan adunan kedalam loyang dan bakar dengan kepanasan suhu 170C selam lebih kurang 20 minit dan bahagian atas brownies kelihatan kering.
4- Sejukkan brownies sebelum dipotong dan boleh disimpan didalam peti sejuk jika suka.


                                                         happy cooking

Saturday, December 24, 2011

Pratha Sardin Gulung And Merry X-mas



Salam untuk semua.Baru hari ni ada peluang untuk update blog.Hari ni dan esok public holiday kan?Merry Xmas diucapkan pada semua kawan-kawan yang beragama Christian. Actually setiap tahun orang menyambut xmas kita pun sibuk la keneng2 sebab sambut ulang tahun perkahwinan.Dan tahun ni dak masuk 25 tahun hidup bersama my laling.Dah banyak suka duka yang dilalui bersama.Semuga tahun-tahun yang mendatang akan ada lebih banyak kebaikan yang menanti.Amin.
ok la berbalik pada resepi dibawah ni,memang dah selalu buat dan pernah dimasukkan N3 nya disini.So kalau berkenan sila la semak ya kawan-kawan.
 Nota:  * untuk kali ni P.Ros gunakan 5 keping roti pratha dan sekeping sardin yang bersaiz agak besar.
             * Campuran sardin tu P.Ros masukkan kedalam microwave selama beberapa saat dan sejukkan.
             * Pastikan mengunakan api yang sederhana atau kecil semasa mengoreng supaya bahagian luar tidak hangus 
                 sebelum bahagian dalam  masak .
                                                     happy cooking



Monday, December 19, 2011

Siakap Bersantan

salam untuk semua.Sebelum apa=apa kita nak minta maaf ya...banyak resepi lauk pauk yang mengunakan daun kesum kan lately ni? What to do...sebab nak memaksimumkan kegunaan daun kesum tu..kalau tak sayang la! Walau apa pun daun kesum memang sedap bila dimasukkan dalam masakan lauk pauk.Ikan siakap ni pun sedap..kata my laling!

Resepi:P.Ros@SinaraMenu
Bahan-bahan
* Seekor ikan siakap saiz sedehana dibersihkan dan potong buterfly
* 200 ml santan dlm kotak
* 4 ulas bawang merah
* 3 biji cili padi
*2 sudu besar cili boh
* Kunyit hidup sebesar jari kelingking
* Halia sebesar ibu jari
* 2 batang serai
* Beberapa batang daun kesum dan ambil daunya saja
* 2  helai daun pudina
* 1 batang daun bawang
Cara memasak
1- Panaskan minyak secukupnya dan goreng ikan hingga garing.Ketepikan
2- Blender semua bahan kecuali daun bawang dan daun pudina
3- Buang separuh dari minyak mengoreng ikan tadi dan tumiskan bahan2 yang telah diblender hingga garing dan terbit bau.
4- Masukkan santan dan kacau rata.Masukkan pula gula dan garam secukup rasa.Masukkan sekeping asam keping dan biarkan kuah mendidih dan pekat.
5- Buang kepingan asam  tadi dan tutup api.Siram kuah keatas ikan dan taburkan hirisan daun bawang dan daun pudina.Hidang semasa panas-panas.

*
                                                                          happy cooking


Sunday, December 18, 2011

Pau Cotet Inti Sardin

Salam hari minggu.Pau cotet????Ada ke...saja aja tu.Pagi ni bila bangun terasa pula nak buat pau.Tapi sebenarnya kita Phobia pasal buat pau ni.kadang-kadang menjadi dan kadang-kadang tak. tapi resepi dibawah ni memang menghasilkan pau yang lembut sangat.How I wish ianya kelihatan seputih yang dijual kat kedai tu!!!!!
Semasa menguli pau kita dah boleh rasa kelembutannya.Dan selepas dimasukkan inti dan digentel kita putar aja bahagian atasnya.Sayang pulak nak letakkan nya atas kertas so kita letakkan ia menjadi bahagian atas.Maka dapat la cotetnya diatas pau tu.Jom tengok resepi. 
Resepi:P.Ros@SinaranMenu
Bahan-bahannya
* 250 grm tepung gandum
* 120ml air suam
* 1/2 sudu besar yis mauripan
* 1/2 sudu besar gula
* 50 grm shortening
* 1/2 sudu besar double action baking powder
* 1/4 sudu garam

Cara membuat kulit Pau
1- Campurkan air, gula dan yis kacau sedikit dan ketepikan hingga naik buih
2- Dalam mangkuk masukkan tepung gandum,garam dan dounle action baking powder.Kacau rata.
3- Masukkan bancuhan yis kedalam gandum dan gaul hingga tepung dan air menjadi melekit dan masukan pula shortening,Uli adunan hingga kembang dan sedikit lembut dan licin.Bila adunan kelihatan lembut dan licin tutup mangkuk dgn tuala dan biarkan adunan naik sekali ganda.
Cara memasak sardin
1- 2 keping kecil sardin
2- 3 ulas bawang merah, 1 ulas bawang putih, 1 tangkai daun bawang,sedkit cili merah dan 1 sudu kecil rempah kari
Panaskan 1 sudu besar minyak masak dan tumis bawang putih dan masukkan rempah kari dan kacau.Masukkan pula sardin yang telah dilecek dan kacau sebentar. Masukkan  potongan bawang merah,daun bawang dan cili.Masak hingga air kering dgn api sederhana.
3- Tambahkan sedikit garam dan gula,angkat dan sejukkan.
Cara membuat Pau
1- Keluarkan adunan yang telah naik sekali ganda tadi dan tumbuk2 sedikit.Buat bebola bulat dgn berat lebih kurang 25grm P.Ros dapat 15 biji bebola) dan biarkan sebentar.
2- Leperkan bebola tadi dan masukkan lebih kurang 1 sudu kecil sardin dan letak pau atas sekeping kertas parchment yang dah dipotong bulat.
3- Panaskan air dalam kukusan dan kukus pau selama 8 minit.

                                                         happy cooking 

Saturday, December 17, 2011

Pastry Puff Blueberry Log

Salam hari sabtu.Seperti yang dinyatakan dalam N3 pastry puff Tuna Log yang kita nak buat Log blueberry pulak selepas tu.Maka hari ni tertunai la hajat little laling yang minta buat Puff ni berintikan blueberry.Resepi dan caranya sama.Cuma adunan kita bahagi dua dan bakar dalam 2 tray berbeza dan disapukan jem blueberry Saja buat 2 batang untuk mendapatkan saiz yang kecil selepas dipotong).Dan Pastry puff blueberry ni lebih sedap dimakan selepas disimpan didalam peti selama 1 atau 2 jam.Rasa jemnya yang sejuk2 didalam mulut memang lah sedapnya..kena pulak ada kopi o panas..emmm ..Sila la semak resepi kat sini jika berkenan ya.


                                                          happy cooking

Friday, December 16, 2011

Cencaru Bakar Daun Kesum

Salam untuk semua.Lagi 1 koleksi masakan simple dan senang.Ikan bakar ni lauk malam tadi.Sebenarnya daun kesum yang ditanam kat tepi pagar tu tumbuh subur disebabkan musim hujan maka terpaksala kita pikirkan cara nak mengunakanya dari pada ia mati tampa digunakan.Daun kesum is my favourite.Masak apa lauk pauk pun kalau masuk daun kesum memang sedap rasanya kan?Lagi pun ikan bakar senang nak buat.Masuk aje dalam oven .tekan suiznya..tada....siap
Semua daun-daun dalam bekas tu adalah airtangan laling kita.Ada lagi 2 3 jenis tapi sebab hari hujan kita pun malas nak keluar memetiknya.So tunjuk apa yang dah ada je..nanti kita buat pameran lagi ya...
Bahan sambal
* 1/2 labu bawang besar
* 1 biji cili merah/beberapa biji cili padi
* 1/2 biji buah tomato
* 3 sudu besar cili boh
* 3 ulas bawang putih
* Garam dan gula secukup rasa
* Beberapa batang daun kesum yang dipetik daunnya
* 3 ekor ikan cincaru dibelah belakang dan dibersihkan
Cara menyediakan
1 -Masukkan semua bahan kedalam blender dan blend hingga halus.Panaskan 2 sudu minyak masak dan tumis bahan hingga kering air .Cuba rasa dan tambah gula atau garam jika perlu.Angkat dan sejukkan
2- Masukkan sambal kedalam perut ikan dan lemurkan sedikit pada keseluruhan badan ikan.Masukkan pula beberapa keping daun kesum (atau sebanyak yang disuka kedalam perut ikan (daun kesum boleh dijadikan penutup pada sambal dari terburai keluar) .
3- Lapik tray dgn foil dan letak ikan diatasnya.Bakar ikan dalam oven dgn kepanasan 200C selama 15 minit.Keluarkan dari oven,terbalikkan ikan dan bakar lagi selama 15 minit atau hingga ikan kelihatan masak.


                                                            happy cooking

Thursday, December 15, 2011

Kek Pisang Chocolate


Salam untuk semua.Kek pisang yang dimasak dalam perahu kertas.Mana la dapat perahu kertas ni ya? mana lagi kalau bukan Daiso.Ini lah satu-satunya kedai yang anak2 dara kita kalau boleh tak bagi kita masuk,sebab kalau dah masuk entah apa2 yang kita angkut dan bayar.First time tengok baking tray kertas ni,hati terus berkenan (ada 2 dlm 1 bungkusan).Tengok gambar makanan yang dia masak dalam tu cantik je..so kita pun apa lagi...mestila nak cuba.Kebetulan la pulak pisang yang dibeli untuk buat popia pisang untuk anak buah yang datang bercuti masih kat atas meja sampai laling dah sound. Kulit popia lupa beli so apa lagi kita pun buat projet kek pisang sebab nak try guna bekas ni.Rupa2nya ini la jadinya bila dah masak.Tak pe la janji kek tu sedap dimakan.Kek ni lebih sedap dimakan setelah disejukkn beberapa jam.

Bahan-bahannya
* 200 grm tepung kek
* 1 sudu kecil double action baking powder
* 150 grm gula
* 200grm butter
* 5 biji telur
* 4 biji pisang 
* 1/4 sudu kecil garam
* 1 sudu besar cofee emulco
* 100 grm chocolate chips
Cara memasak
1- Dalam mangkuk,campurkan tepung kek,baking powder dan garam
2- Pukul butter dan gula hingga kembang dan lembut dan masukkan telur sebiji-sebiji.Masukkan pula coffee emulco dan pisang yang telah dilenyek.
3- Masukkan campuran tepung kek dan kacau hingga semua bahan rata.Masukkan pula separuh dari chocolate chips dan digaul sebati.Masukkan adunan kek dalam loyang dan tabur lebihan chocolate chips keatasnya.
4- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dgn shu 180C selama lebih kurang 35 minit atau bahagian atas kek keperangan dan gunakan penyucuk satay untuk pastikan kek masak rata.

                                                            happy cooking

Wednesday, December 14, 2011

Pulut kepal



Salam to all my dear friends,pagi semalam tak tahu apa nak masak for breakfast,nampak ada separuh paket beras puluh lalu keluar la resepi 3c(Cepat dan campak2)  sekali lagi. Pulut ni digandingkan dgn ayam masak rempah(ayam pun ada ciput aje dalam peti ais). Kita lebih suka makan pulut ni bersama kerak2 ayam tu.Alhamdulillah kenyang sampai ke petang.
Bahan-bahan Pulut
* 4 1/2 cawan  beras pulut (cawan rice cooker)
* 200ml santan kotak dicapur air secukupnya agar menutupi sedikit paras beras pulut semasa memasak (bergantung la pada keadaan beras ya)
* Garam secukup rasa
* 2-3 titik pewarna kuning
basuh beras pulut dan masukkan semuanya kedalam periuk nasi letrik dan masak macam masak nasi.Biarkan suam sedikit.
Sapu sedikit minyak makan pada tangan dan kepal pulut bulat-bulat.
Resepi Ayam Rempah
* 6 ketul ayam saiz kecil dan sedang
* 3 batang serai
*1/2 labu bawang besar
* 3 ulas bawang putih
* 3 keping nipis lengkuas
*Halia dan kunyit sebesar jari kelingking
* 1 sudu kecil sebuk ketumbar,1 sudu kecil,serbuk jintan manis dan 1 sudu kechil jintan putih
* 1 sudu kecil rempah kari
* Garam secukup rasa
Campurkan semua bahan didalam blender dan masukkan sedikit air.Kisar halus.Campurkan dengan ayam dan perap sekejap.
Masukkan ayam kedalam kuali dan masak ayam hingga air agak kering.Masukkan pula dalam 1/2 cawan minyak masak atau lebih dan goreng ayam hingga masak dan perang dan kerak-keraknya garing. Siap dihidang bersama pulut kepal.

Nota: Masa masak pulut tu bila pulut dah masak,tutup terus suis periuk supaya pulut tak berkerak.
                                                            happy cooking

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info