Piza Prata

Salam 1Malaysia. Idea resipi ni dapat masa melawat blog kegemaran Puan Ros(Tiffinbiru). Tapi tak ikut 100% sebab malas nak buka laptop.Main buka peti yang penting ada roti prata(Frozen).Kalau rasa nak makan piza simple tapi sedap dan tak nak belanja RM 40........keatas ini ada lah resipi paling idea.Dapat 5  biji piza comel.  Thank you Che Mat.

Bahan-bahannya

1 paket prata frozen(5 keping)
2 paket piza sos jenama fountain(1 kotak ada 2 paket)
2 sudu besar sos cili
1 tiub daging hancur
1/2 biji capsicum merah,1/2 biji capsicum kuning dan 1/2 biji capsicum hijau(semuanya dipotong nipis)
1 tin cendawan butang
1 biji bawang besar dipotong bulat
1/2 biji bawang besar potong dadu 
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam
1 packet mozarella  cheese




cara-caranya:

1- Panaskan minyak dan goreng  bawang besar yang dipotong dadu sehingga layu.Masukkan dagimg hancur dan goreng sehingga air kering.Masukan sedikit garam dan sedikit lada putih (jika mahu).Angkat dan sejukkan
2- Sos piza dan cili sos dicampur sebati.Sapukan keatas kelima-lima roti prata dengan rata.
3- Letakkan daging hancur .Taburkan capsicum,cendawan dan bawang besar
4- Akhir sekali taburkan cheese secukupnya keatas prata tadi
5- Bakar selama lebih kurang 20 minit atau sampai tepi roti prata garing kekuningan  dengan suhu 180c.















Comments

Popular Posts