Mereka yang sudi.......

Monday, October 25, 2010

Sup Tomyam Bebola daging


Salam semua. Ini menu ringkas makan malam ni.masak sup ni dengan tumis sardin saja

 Bahan-bahannya
15 biji bebola daging(frozen)
1  biji timun tua dibuang kulit dan potong sederhana besar
1/2 biji kubis cina
1 biji tomato masak dibelah 4
1 biji bawang besar dipotong 8
1/2 keping kiub pati lembu
1 keping kiub tomyam
3 ulas bawang putih
2 batang daun sup
2 batang daun bawang
Garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
8 cawan air


Cara memasak
1- Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih.
2- Masukkan air dan bebola daging.Masukkan kiub pati lembu dan kiub tomyam.Biarkan mendidih sekejap.
3- Masukkan semua sayuran,daun sup dan daun bawang.(simpan sedikit daun bawang untuk ditabur atas sup)Masukkan sedikit garam dan sedikit gula,.rasa masam manisnya
4- Biarkan sup mendidih dengan api sederhana dan timun menjadi lembut. Masukkan kedalam mangkuk dan taburkan daun bawang.Hidang bersama nasi panas.












No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info