Mereka yang sudi.......

Sunday, October 24, 2010

Vanila cup cake

Ini adalah emergency cuppies yang puan ros buat untuk raya gathering kat rumah adik lelaki puan ros pada raya ke3.Pelan bidan terjun, lagipun raya rumah org bujang.Jamuan nasi kandar ditempah dari mak mertua adik perempuan yang disayangi.Sejam sebelum pegi rasa tak sedap hati pulak pegi tangan kosong dan balik perut penuh.Rembat apa yang ada dari bakul barang2 buat biskut raya.Deco pula bagi anak sulung yg buatkan. Jadi lah hasil kerja tangan anak dara yang tak berapa berminat bak masak memasak ni.

Bahan untuk Kek
150 g butter
185 g tepung naik sendiri
150 g gula halus
1/2 sudu teh soda bicarbonat
3 biji telur
1 sudu teh vanila

untuk icing
100 g butter
150 gula icing
2 sudu teh air panas
1 sudu teh vanila essence

Cara-caranya
1 - Pukul butter dan gula hingga kembang
2 - Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukan esen vanila
3 - Masukan tepung gandum yang diayak bersama soda dan adun sebati
4 - Masukan adunan kedalam kertas cupcake hingga 3/4 penuh
5-  Bakar selama 10 ke 15 minit dgn suhu 180 c

Untuk hiasan
1 - Pukul butter dan gula icing hingga kembang.Masukan esen vanila dan air.Pukul lagi hingga putih dan berkrim
2 - Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum diletakan icing. Hias lah sesuka hati.,.nak cepat taburkan coklat rice yang bercolor-color tu.Mesti cantik dan colorfull.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info