Mereka yang sudi.......

Monday, October 25, 2010

Cucur roti

Morning everyone. Dah sarapan? Semalam ada melawat beberapa blog masakan dan nampak resepi bebola goreng daging.teringin nak buat untuk sarapan tapi tak ada daging atau udang macam resipi asal. So Puan ros masukkan aja apa yang ada dan tukar nama cucur roti sebab bahan utama dia roti.Boleh cuba kalau suka ya.


 Bahan-bahannya

8 keping roti (Puan Ros guna roti gardenia)
3 biji telur ayam saiz besar
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan serbuk roti
1 genggam ikan bilis saiz kecil
1 pokok daun bawang dipotong kecil
10 batang daun kucai dipotong kecil
1 labu kecil bawang besar dipotong nipis
1/2 keping kiub ikan bilis
Secubit garam(jangan banyak sebab roti dah ada rasa lemak masinnya.tak nak masuk pun tak apa)
Cili merah dipotong halus jika suka
Minyak untuk mengoreng


Cara memasak
1- Roti dipotong kecil-kecil.Masukan telur dan ramas-ramas bersama roti tadi.masukkan kiub ikan bilis + garam.
2- Masukkan daun bawang ,daun kucai,bawang besar dan cili yang dipotong halus.gaulkan semuanya.
3- Masukkan serbuk roti,tambahkan susu sedikit-sedikit sehingga menjadi adunan cucur yang tidak terlalu cair
4- panaskan minyak dan goreng terendam sehinga masak.
5-hidangkan panas-panas bersama cili sos.









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info