Mereka yang sudi.......

Sunday, October 24, 2010

Ikan Goreng sambal Lada Hijau

Dari raya pertama sampai sekarang belum lagi masak apa-apa resipi ikan. Hubby dah sound bila boleh makan masakan kampung.dah tak lalu nak makan kari dan rendang la tu. Walau pun my hubby ni chinese tapi jangan tak tahu dia suka makan budu atau apa-apa  makanan tradisi org melayu. Itu sebab sayang habis......
Hari ni nak masak resipi ikan goreng yang org tak tahu masak pun boleh buat.Dihidang pula dengan tumis air timun kuning(memang sayur org cina).kahwin campur lauk pun kena campur-campur la.
Ada tempoyak mak buat khas untuk dia dari kampung,apa lagi makan nasi berpinggan-pinggan la dia..............

Bahan-bahannya:
2 ekor ikan kembong atau selar bersaiz besar
4 biji cili hijau
10 ke 12 biji cili padi
3 biji bawang merah
2 biji bawang besar(1 diblend dan 1 dipotong bulat-bulat)
Segengam udang kering
1 biji tomato
1 tangkai daun pasli
Semua bahan diatas diblend halus
Jus dari 2 biji limau nipis atau 3 sudu cuka makan
Garam dan gula secukup rasa

cara-caranya:
1 - Sapu garam kunyit pada ikan dan goreng sampai garing.Ketepikan
2 - Gunakan separuh dari minyak gorengan tadi masukan bahan kisar dan tumis sampai terbit bau.
masukan garam gula dan jus limau ( Masam manis sambal ni ikutla citarasa masing-masing ya)
3 - Masukan bawang yang dihiris bulat gaul rata dan goreng sampai terbit minyak .
4 - Letak ikan kedalam pinggan dan curahkan sambal keatasnya.Hiaslah dengan  salad atau timun.(Daun salad tu boleh dijadikan ulam cicah sambal ikan)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info