Mereka yang sudi.......

Tuesday, October 26, 2010

Karipap Gergasi


Sedapnya makan karipap untuk minum petang.tapi masa buat karipap ni baru siap buat 12 biji rasa malas datang secara tiba-tiba.terus buat sebiji besar dan dibakar. masa hidang my hubby terkejut tengok saiznya terus dia bagi nama karipap gergasi.Resipi ni dapat kat dapur hana......tapi dah ditokok tambah


Bahan Untuk Pastry
500 grm tepung gandum
4 sudu besar butter dipanaskan
4 sudu besar minyak masak dipanaskan
1 mangkuk kecil air(bergantung pada doh)
secubit garam


Cara buat Pastry
1-masukkan gandum kedalam mangkuk adunan dan dibuat lubang ditengahnya.masukkan butter dan minyak yang dipanaskan tadi.gaul rata.
2- Masukkan garam dan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga doh tak melekat pada mangkuk.


Bahan Inti
5 biji kentang
250g daging hancur atau pun ayam
3 sudu besar serbuk kari
1 biji bawang besar potong dadu
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
1 mangkuk air
3 biji telur direbus dan dipotong 6
1 kiub pati ayam dan sedikit garam

Cara memasak inti
1- Panaskan minyak,tumis bawang putih dan bawang besar.Masukkan daging dan kacau sekejap.Masukkan rempah kari + daun kari
2- Masukkan kentang dan air ,kacau sebentar.Biarkan mendidih dan masukkan kiub ayam+ garam.Masak sehingga kentang empuk dan sejukkan.(buang daun kari )


Cara buat karipap
1- Doh dicanai nipis dan diterap bulat-bulat(boleh buat 12 biji kecil dan 1 biji besar ).
2- Masukkan inti dan sekeping telur rebus.Kelim tepinya
3-Goreng sehingga kuning keemasan bagi karipap kecil
4- Sapukan susu segar atau kuning telur atas karipap yang besar dan bakar dalam suhu 180 selama lebih kurang 40 minit.















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info