Mereka yang sudi.......

Friday, October 29, 2010

Bawal Putih Berlemon

Salam semua. Ni resipi dinner malam tadi. Goreng ikan dgn goreng kangkung belacan aja.Lagi sehari dah nak konsert so. kepala ni dah tak ada pikir pasal resipi dah janji ada makanan untuk hubby n the 3 princess. Adoi konsert-konsert....... (my hubby makan semua lemon yang atas pinggan tu)


Bahan-bahannya


4 ekor ikan bawal putih
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil kunyit serbuk
1 labu besar bawang besar(dipotong bulat)
1 biji cili hijau (potong nipis)
1 biji cili merah(potong nipis)
halia sebesar ibu jari dipotong nipis
1 biji lemon (separuh ambil jusnya dan separuh potong nipis buat hiasan)
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil kicap cair dan sedikit gula
Minyak untuk mongoreng


cara memasak
1- Ikan dicuci bersih dan disapu garam kunyit.Goreng sampai garing dan angkat.
2- Dalam kuali yang sama tinggalkan minyak sebanyak 3 sudu besar.tumis bawang puti,kacau sekejap.
3- Masukkan bawang besar,halia,cili merah dan cili hijau dan kacau hingga layu.Masukkan jus lemon,sedikit gula dan kicap cair.Perasakan masam manisnya ikut selera masing-masing.
4- Angkat dan tuangkan keatas ikan tadi .Hiaslah dgn hirisan lemon tadi dan hidang dgn nasi panas-panas.





















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info