Mereka yang sudi.......

Sunday, October 24, 2010

Lempeng Bilis

Hari ni masak sarapan paling mudah sekali,lempeng bilis.Budak sekolah menengah pun boleh buat ni.Sebenarnya puan Ros dgn anak2 peminat fanatic drama korea.Orang korea  suka makan Korean pancake(alah lempemg la tu...) Dia orang suka masukan banyak sayuran dan cicah dgn cili padi dipotong kecil dan rendan dlm kicap cair. Puan Ros kebetulan ada lebihan sambal nasi lemak dari tadika semalam, so terfikir la pulak nak buat lempeng cicah sambal.Sedap juga dan kenyang sampai tengahari.(Excuse tak nak masak lunch la tu.........)


Bahan-bahannya:

1 1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur gred A
1/2 cawan susu cair ideal
1 labu bawang besar potong nipis
20batang daun kucai
3 Batang daung bawang
1 biji cil;i merah dibuang bijinya dan dipotong halus(Untuk nampak color)
segengam ikan bilis saiz kecil
1/2 kiub pati ikan bilis (hancurkan betul-betul)dan garam secukup rasa
Sedikit minyak masak
Air bergantung kepada kecairan adunan sesuai citarasa masing2

Cara-caranya:
1- Didalam mangkuk besar campurkan gandum ,kucai ,bawang besar dan daun bawang.
2- masukan ikan bilis ,kiub ikan bilis dan garam
3- Masukan telur dan susu.kacau dan tengok kepekatannya.Masukan air sedikit sedikit sehingga menjadi batter yang senang disendu kedalan kuali leper.
4-Sapukan minyak pada kuali dan masukan sesenduk batter.Balikkan-balikan sehingga garing.
5- Setiap biji lempeng dipotong 4.Hidang kan bersama sambal nasi lemak tadi atau apa-apa sambal tumis atau potongan cili pada yang direndam sedikit kicap cair,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info