Ayam Goreng Percik Daun Kari



Resipi ni sebenarnya resipi dari mak masa puan ros dialam sekolah dulu.Ayam percik biasanya dibakar tapi ada waktunya nak cepat ayam tu digoreng je.Bila dah kahwin dan branak pinak ni creativity mula la teserlah.So resipi asal di modified dengan menambahkan daun kari.dan warna sosnya pun jadi lebih merah.Ayam percik kat Klantan biasanya warna putih da.......... Janji my kids and hubby suka makan.

Bahan-bahannya:
12 ketul ayam yang dipotong kecil
1 labu bawang besar
2 batang serai
1inci halia
1 biji cili merah
2 sudu cili giling
1/2 kiub pati ayam
1 keping  asam gelugor
2 tangkai daun kari
100 ml santan (puan ros guna santan trim ayam brand)
Garam(jika mahu) dan gula secukup rasa
1 1/2 cawan minyak untuk mengoreng ayam

Cara-caranya
1 - Bawang besar,bawang putih,serai,halia,dan cili merah dikisar halus
2 - Ayam disapu garam kunyit dan digoreng sampai masak. ketepikan
3 -Gunakan 5 sudu besar minyak yang sama ,tumis bahan kisar sampai naik bau
4 - Masukan cili giling.Goreng sebentar
5 - Masukan santan, kiub pati ayam, asam keping dan sedikit gula (gula untuk seimbangkan masam manisnya)
6 - Masak sampai santan menjadi  pekat dan terbit minyak
7.- Masukan ayam dan dikacau sebentar.Masukan daun kari dan dikacau lagi selama 5 minit
8 - Hidang semasa panas bersama nasi putih


Comments

Popular Posts