Mereka yang sudi.......

Sunday, October 24, 2010

Lasagnia roti berdaging


Anak yang sulung sibuk tanya nak masak apa untuk pottluck dia kat uitm..Kawan2 dia dah pesan suruh mama masak sedap-sedap macam raya hari tu.....They all datang raya ramai2 dlm 40 orang.Bukan makan lemang dan rendang ,siang2 dah request nak makan shepard pie.habis 3 tray shepard pie dia org makan. Lupa nak ambil gambar.Hari ni nak masak lasagnia roti berdaging.resipi ni dapat dari myresipi blog.Baca komen semua cakap sedap .Apa lagi mesti la kena try ni

Bahan-bahannya
3 biji kentang dipotong dadu
1 tiub kecil daging hancur
1 labu bawang besar
500ml susu
1 ulas bawang putih
3 biji telur
13 keping roti gardenia
1/2 kiub pati ayam
2 sudu minyak masak untuk menumis

Cara-cara memasak
1- Panaskan minyak dan tumiskan kedua-dua bawang.masukkan serbuk kari dan kentang + daging hancur.masukan sedikit garam
2- Satukan susu,telur,dan sedikit garam.Pukul hingga sebati
3- Masukkan roti dalam bancuhan telur dan ramas-ramas roti sehingga hancur.
4- lanserkan bekas tahan panas dan letakkan 1/3 bahagian roti.
5- Kemudian letakkan separuh dari daging + kentang keatas lapisan roti.Ulang proses dengan meletakkan 1/3 bancuhan roti bagi lapisan akhir.
6- Taburkan cheese diatas lapisan roti tadi dan bakar dlm suhu 180 selama 40-45 minit atau cheese keperangan.
7- Boleh dihidangkan dengan cili sos jika suka.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info