Tumis Sawi Telur Asin

Salam semua.... Masak tumis air untuk dinner malam tadi.Masa postkan N3 ni tengah pikir nak masak apa for breakfast. Malam ni konsert tadika .hati pun berdebar-debar juga.Tapi Puan Ros pasti anak-anak kita akan buat yang terbaik.Jom layar resipi senang ni dulu.Esok kita crita pasal konsert kat blog tadika ya!

Bahan-bahannya
2 ikat sawi pendek
1 biji telur masin
2 ulas bawang pitih
1 biji cili merah.
1/2 biji bawang besar potong bulut
Sedikit minyak untuk menumis
1/2 keping kiub pati ayam
garam secukup rasa
4-5 cawan air


Cara memasak
1-panaskan minyak dan tumis bawang putih,kemudian masukkan 1 cawan air.Biarkan mendidih dan masukkan telur masin. Kuning telur boleh dipotong 3 semasa memasak.
2- Bila telur dah masak masukkan semua air dan masukkan sawi  ,bawang besar dan cili merah biarkan mendidih dan masukkan kiub pati ayam dan garam secukup rasa.




Comments

Popular Posts