Popia Pisang
Resipi ni puan ros baca dari buku resipi dan lihat dalam satu program TV. Sekali cuba dah sangkut pulak.Bulan puasa hari tu buat berulang kali. Tapi sukatanya tak ikut depa punya sangat.Main taruh-taruh sendiri. Cuma idea aja di ciplak........Takut juga kena tangkap cetak rompak ! tak cukup duit nak bayar denda, minta maaf la pada sesiapa yang berkenaan ya.Share ilmu tu bawa berkat kot.
Bahan-bahanya:
5 biji pisang berangan dibelah dua (dapat 10 biji popia-nak lebih gandakan bahan-bahanya)
10 keping kulit popia saiz besar
10 sudu besar brown sugar (kalau tak suka manis kurangkan jumlahnya)
3 sudu kecil serbuk kulit kayu manis (dicampurkan bersama gula dan biar harum 1 dapur bau kayu manis)
100 g badam(tak nak pun tak apa)
1 biji telur putih untuk dibuat gam
Minyak secukupnya untuk mengoreng
Cara-caranya
1 - Ambil sekeping kulit popia dan letakan sekeping pisang diatasnya.taburkan 1 sudu campuran gula dan kulit kayu manis.Taburkan juga badam kalau suka.
2 - Gulung Kulit popia bersama pisang kemas-kemas dan sapukan puth telur dihujungnya .
3 - Goreng terendam sampai kekuningan.Hidang semasa panas dengan kopi o (Jangan terlecur lidah ya)
* Kopi o tu tak payah masuk gula kot.. hi hi hi (ini memang cara i dan hubby minum teh atau kopi)
* Gambar lain kali upload ya. 2 kali buat 2 kali makan habis baru ingat nak ambil gambar.
* Gambar lain kali upload ya. 2 kali buat 2 kali makan habis baru ingat nak ambil gambar.
Comments
Post a Comment