Mereka yang sudi.......

Saturday, June 30, 2012

Butter Cookies

Salam Sabtu untuk semua.Satu hari yang penat . Dah berhari-hari my little laling dok bagitahu dia nak suruh mama ajar dia buat butter coookies.Entah mana dia dapat idea nak mengukis tu. Dah berulangkali dia tunjukkan beberapa video yang membuat butter cookies.

Maka untuk tidak menghampakan kehendaknya,hari ni  bermula dari subuh kita masuk dapur dan kacau adunan dan simpan dalam peti ais.Bila little laling bangun, makan breakfast dan mandi, dah pun pukul 10 pagi.Ngam-ngam la adunan cookies dah berada dalam peti selama beberapa jam. Maka bermula la project kami.

Sebenarnya bukan senang berada didapur dengan sicilik bila semuanya mereka nak buat sendiri dengan cara mereka.Pening kita dibuatnya.Bila dia dah rasa penat dan dah cukup main masak-masak,kenalah kita menyanbung kerja yang terbengkalai dan kemas mengemas.Adoi....

Cookies ni memang sedap walau pun dimakan begitu saja.So P.Ros tak letak icing pada semua cookies. My laling yang memang suka cookies dan coklat angkat sebalang dan makan sambil baca suratkhabar.Lega hati tak payah dan sapu icing pada semua cookies.Jadi kebanyakkan icing tu disapu oleh little laling.Kita baiki sikit-sikit je.

 Bahan untuk cookies



* 1 cawan butter atau 226 grm butter
* 1 cawan gula
* 1 biji telur
* 3 sudu besar orange jus (P.Ros masukkan 3 sudu besar fresh orange dari kotak) 
* 1 sudu besar vanilla 
* 2 1/2 cawan tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder
Cara-caranya
1- Campurkan butter, gula dan telur dalam mangkuk adunan dan putar semua bahan hingga lembut.Masukkan orange jus dan juga vanila.Pukul sebentar lagi.dengan mengunakan kelajuan sederhana. Masukkan gandum dan baking powder dan pukul hingga semua bahan sebati (doh agak sedikit lembik ya).
2- Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan masukkan kedalam plastik bungkusan (P.Ros bungkus dgn aluminium foil).Simpan didalam peti sejuk selama 3 jam.
3- Keluarkan 1 bungkus  adunan cookies.Tabur gamdum atas papan canai dan gelek kan adunan sederhana tebal dan terap dengan cookies cutter pilihan masing-masing.Buat sampai adunan pertama habis baru dikeluarkan bungkusan seterusnya.
Panaskan oven dengan suhu 150C dan bakar cookies selama 8 ke 10 minit atau hingga bahagian tepi cookies kelihatan perang.Angkat dan sejukkan diatas redai.

Bahan Untuk Icing
* 2 cawan gula icing
* 40 grm butter
* 1 sudu kecil vanilla
* 4 ke 5 sudu besar susu segar
* 2 sudu besar jus limau nipis
* pewarna pilihan masing-masing
cara-caranya.
1- Ayak gula icing kedalam mangkuk adunan dan masukkan butter.Kacau perlahan.(P.Ros memilih untuk mengacau dgn senduk kayu sebab kalau guna pemutar letrik habis semua gula beterbangan).
2- Masukkan susu segar dan jus limau sesudu-sesudu hingga mendapat consistency icing yang dikehendaki.(icing hendaklah tidak terlalu cair dan terlalu pekat,Bila dikacau dengan susu dan diangkat,ianya tidak mudah jatuh dari sudu dan agak lembut dan senang untuk disapu pada cookies).
3-Bahagikan icing yang berwarna putih kedalam beberapa biji mangkuk kecil dan masukkan setitik pewarna yang disukai.Kacau rata.
4- Sapu lah pada cookies yang telah disejukkan tadi dengan cara hiasan pilihan masing-masing.
P/s gunakan gula kasar supaya bila dimakan biskut jadi sedikit krup..krap..krup..krap..memang sedap!!!
                                                        happy cooking

For The Love Of The Dumplings

Salam pagi sabtu untuk semua.Pagi ni nak cerita pasal belajar macammana nak wrap dumpling.Sebab dumpling pun ada berbagai bentuk. So P.Ros nak simpan video ni as a reference untuk diri sendiri. Sapa-sapa yang suka dumpling dijemput berkongsi melihat dan mempelajarinya.Untuk resepinya boleh juga refer disini. Selamat mencuba.





Salah satu bentuknya P.Ros dah agak mahir walaupun tak secantik yang original..tapi boleh la kan???
Tara..........
Yang ni dibuat semalam untuk makan-makan bersama cikgu-cikgu kat tadika.Resepinya pernah letak disini.
Dan......
Yang ni pula mengunakan sarangnya.
Dan semestinya masih dalam proses mencuba dan berlatih sebab P.Ros memang suka dumplings..I meant my whole family is a dumplings lover....
dan yang bawah ni...I reka sendiri you.....aahakkk...

Happy Saturday and happy cooking to all...



Monday, June 25, 2012

Popia Ayam dan Bayam

Salam Isnin my dear friends.Ini resepi sarapan semalam.Sedap dan tak cukup.Little laling minta dibuat lgi.Kulit popia masih ada setengah paket dan bayam dihalaman pun masih banyak.Tinggal beli dada ayam je.sabar ya girl.

Bahan
* 2 keping dada ayam
* 1 ikat bayam (dipotong dari tepi pagar -thank you laling)
* 1/2 biji bawang besar
* 1 biji carrot
* 1 keping chicken stock
* 2 ulas bawang putih
* Kulit popia secukupnya
Cara
1- Cuci bersih dada ayam dan rebus dengan sedikit garam. Angkat,sejukkan dan racik halus.
2- Basuh bayam dan potong sederhana.
3- Potong halus bawang besar dan bawang putih.
4- Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan masukkan ayam.Goreng sebentar saja.Masukkan pula bayam dan karot dan kacau rata.Tambah pati ayam dan kacau rata.Tutup api dan sejukkan. Tos airnya jika bayam bayam dimasak agak berair.
5- Ambil sekeping kulit popia dan letakkan inti secukupnya.Gulung kemas dan sapu air dihujungnya supaya kulit popia betul-betul melekat bila digulung.
6- Panaskan minyak dan goreng popia hingga garing.

                                                    happy cooking

Sunday, June 24, 2012

Tempe & Peria Goreng Rangup

Salam hari minggu. Peria goreng dan tempe digabungkan  sebab perianya ada separuh saja. Tempe pulak..sumpah cakap 1st time masak. Tak pernah masak tempe sebab P.ros tak makan tempe. Saja digabungkan kedua-duanya agar dapat banyak sikit dan suprisingly memang sedap.Sebenarnya tak payah makan dengan nasi pun boleh buat snacking disebelah petang sambil tengok TV. Memandangkan hasilnya yang agak sedap boleh la buat lagi lain kali.
Bahan-bahannya
* 1/2 biji peria
* 1/2 keping tempe
* 5 ke 6 sudu tepung beras
* 1 sudu besar tepung jagung
* 2 sudu besar serbuk kari
* 1/2 sudu kecil kunyit
* 1 sudu kecil garam(atau secukup rasa)
* 1 ke 2 sudu air
* sedikit serbuk lada hitam

Cara memasak
1- Potong nipis peria,buang bahagian bijinya.Basuh dan rendam air garam dalam 1/2 jam.Toskan air dan lap keringGuna kitchen rool.
2- Tempe juga dipotong nipis
3- Dalam mangkuk,campurkan semua bahan kering dan gaul rata.Masukkan tempe dan peria tadi dan gaul rata.
4- Masukkan sesudu air kedalam campuran peria tadi dan kacau rata.Sekiranya tepungnya masih kurang bersalut boleh la ditambah sedikit lagi air.
5- Panaskan minyak secukupnya dan goreng peria dan tempe dalam 2 batch (masukkan sekeping-sekeping). Goreng hingga betul-betul garing.Angkat dan keringkan minyak atas kitchen roll.Siap untuk dihidang.
                                                    happy cooking





Kentang Inti Sardin

Salam hari minggu.Menu gentel-gentel pagi semalam sebab nak cepat.Hari  hari kedua P.Ros pergi training untuk program baru yang akan di perkenalkan ditadika.
So sebelum meninggalkan rumah rasanya tak sedap hati kalau tak siapkan sarapan untuk little laling dan papanya.Masuk dapur bahan2 yang ada cuma la kentang dan sardin.Maka terjadilah kentang goreng inti sardin ni.
Bahan-bahannya
* 400 grm kentang yang dah direbus
* 100 grm bread crumb(oren kaler ya)
* 2 keping sardin
*Sedikit bawang besar dipotong nipis
* 1 batang daun bawang
* 1 biji telor itik????( kes banyak barang dapur dah habis)
* 1 ulas bawang putih 
* 70 grm butter
* Garam dan serbuk lada putih secukupnya
*1/3 cawan susu segar
 Cara memasak
1- Rebus kentang sampai empuk,tos airnya dan masukkan butter.Lenyek kentang sampai hancur dan halus.
2- Campurkan garam.lada sulah dan bread crumb.Ramas sebati.
3- Masukkan susu segar sedikit demi sedikit dan gaul adunan .Adunan kentang hendak lah tidak terlalu lembik atau terlalu keras bila kita hendak mengentelnya.(so pastikan susu dimasukkan sedikit demi sedikit dan berhenti bila dah dapat selembut yang dikehendaki)
Untuk inti
1-Potong kecil bawang putih dan tumis sekejap.masukkan sardin yang telah dihancurkan.Campur semua bahan lain dan masak sebentar.Tutup api.angkat sardin dan sejukkan sebentar.
2- Ambil sekepal adunan kentang dan leperkan ditapak tangan,masukkan sesudu inti dan gentel la ikut bentuk kesukaan masing-masing.(P.Ros sapu sedikit minyak ditapan tangan semasa mengentelnya.).Simpan dalam peti selama 20 minit.
3- Panaskan minyak dan goreng kentang berinti ni sampai garing.Hidang bersama sos atau makan begitu saja.



* Dua hari pergi kursus rupanya little laling rindu kat mamanya.walau pun setiap petang kita balik rumah.Semalam bila sampai rumah dihadiahkan sekeping note bersama pelukan olehnya...alahai anak..sejuk hati mama.Tapi sometime kenakalan mu menguji kesabaran ku....!!!!!hehehe
                                                     happy cooking



Thursday, June 21, 2012

Home-made Chocolate

Salam untuk semua .Home made chocolate dibuat atas permintaan 2nd princess yang ingin menghadiahkan coklat ni pada teman-teman office sempena berakhirnya her internship di Petronas.
Memang cukup senang untuk membuatnya.Cuma masak chocolate compound secara double boiler dan guna lah acuan pilihan masing-masing. Untuk kali ni P.Ros gunakan oreo,badam dan raisin sebagai filling.
Hopefully your friends will enjoy this girl.




Yang pink ni fillingnya raisin
Yang ini fillingnya oreo dan almond
                                                       happy cooking

Wednesday, June 20, 2012

Gyoza...I like.........


Salam untuk semua.Suasana siang hari yang panas sekarang ni membuatkan selera makan bertukar. Hari ni rasanya tak nak makan nasi for dinner, teringin pula nak makan dumpling.Masak nasi goreng for the rest of them and prepared this gyoza for myself.
Tapi malangnya gyoza for dinner dah jadi hidangan minum petang.My laling hentam 10 biji sorang-sorang selepas baru dikeluarkan dari kuali.kali ni guna kulit gyoza yang ready made yang dibeli minggu lepas.dihidang pula dengan kicap cair yang dicampur potong halus bawang putih,halia dan untuk menambhakan kicknya P.Ros juga potong halus beberapa biji cili padi.Memang kena dgn selera my laling tu.....

Bahan Inti
*  100 grm kubis dipotong halus
*  1/2 biji carrot diparut halus
*  2 batang daun bawang potong halus
* 14 ekor udang sederhana besar dipotong halus
* Lebih kurang 200 grm minced chicken
* 1 1/ 2 sudu kecil minyak bijan
* 1 sudu besar tepung jagung
* 1 sudu kecil gula
* garam secukup rasa
* 1 packet kulit gyoza

Cara menyediakan
1- Campurkan semua bahan hingga sebati.Ambil sekeping kulit gyoza dan masukkan 1 sudu inti.Sapu sedikit air ditepi kulit gyoza .Tutup kemas dan picit tepinya .
2- Sapukan sedikit minyak dalam non stick pan dan panaskan kuali.Bila kuali sudah panas ,atur dalam 8 ke 10 biji gyoza dalam kuali.Masak hingga bahagian bawah gyoza kuning keperangan.
3- Masukkan 1/3 cawan air kedalam kuali dan tutup kuali.Masak gyoza hingga air kering. Buka penutup kuali, angkat dan hidang lah bersama sos pilihan dan makan semasa panas.
                                                       happy cooking

Monday, June 18, 2012

Oreo Aiskrim Kek


Salam untuk semua .Gambar oreo aiskrim tu dah tengok semalam kan? Hari ni nak tulis macammana cara nak membuatnya pulak.Tak de la susah sangat pun.Ianya hanya kombinasi biskut oreo dan aiskrim je.Biasanya P.Ros suka makan aiskrim kek kat kedai je.Tak rajin dan tak gemar nak membuatnya.
Tapi disebabkan oleh permintaan little laling untuk harijadinya dan dah jadi kebiasaan kek harijadi anak2 dibuat sendiri,maka digagahkan semangat untuk membuatnya. Tak de la secantik mana pun tapi rasanya sedap la juga sebab memang aiskrim dan biskut tu yang dah siap punya ditambah pula dengan taburan cooking white and dark chocolate. Lady bug tu pulak sejenis candy yang boleh dibeli dikedai bahan2 kek.
Satu hal dengan aiskrim kek ni..disebabkan cuaca yang panas dan aiskrim yang dibeli bukan jenis yang sangat mahal..makanya cepat je dia mencair dan membuatkan nya nampak sememeh!!!!so satu je caranya bila dah sedia nak makan baru dikeluarkan dari peti ais. kalau tak bertapa la ia dalam freezer.

Bahan-bahannya
* 3 bungkus biskut oreo
* 2 liter aiskrim perasa Grand Caramel Almond Fudge
* 100 grm white cooking chocolate
* 100 grm butter dicairkan
cara menyediakan
1- Guna dalam 1 1/2 paket biskut oreo yang dibuang krimnya.Masukkan kedalam bag plastik dan gelek sampai hancur -tak perlu terlalu halus (boleh juga dibeli biskut oreo yang dah dihancurkan)
2- Masukkan kedalam mangkuk dan tuang butter yang telah dicairkan tadi sedikit demi sedikit.kacau hingga bahan sebati.Masukkan kedalam spring-form berukuran 8 inci.Ratakan dan tekan hingga nampak padat dan licin berminyak.
3- Biskut oreo yang masih berbaki dibuka(tapi tak perlu buang krimnya) dan diatur keliling bekas kek seperti dalam gambar.Tekan sedikit agar biskut tertanam dan berdiri tegak.

             macam biasa.. dia la seorang yang suka menolong didapur,tambahan ini pula kek harijadinya.

4- Keluarkan aiskrim 20 minit lebih awal.Bila lapisan bawah oreo dah siap,masukkan aiskrim kedalam mangkuk dan dikacau agar menjadi lembut.Curahkam aiskrim didalam bekas yang disediakan tadi.Ratakan dan tutup bekas dengan aluminium foil.Masukkan kedalam peti sejuk selama 1 atau 2 jam atau bahagian atasnya dah mengeras bila ditekan.

Bahan hiasan dan cara menghias
1-Panaskan coklat masakan dan masukkan kedalam bekas bentuk ABC untuk perkataannya.(yang ni sebenarnya P.Ros buat 2 hari lebih awal dan masuk dalam tupperware dan simpan dalam peti sejuk.
2- Panaskan sedikit white coklat dan biarkan sejuk seketika,masukkan kedalam piping bag .Keluarkan aiskrim yang telah separuh keras dan buat lakaran garisan diatasnya mengikut patern pilihan masing-masing.P.Ros buat garisan yang sama secara berulang alik dan bertentangan arah hingga coklet habis.
Masukkan semula kedalam peti sejuk dan biarkan semalaman.
3- 5 minit sebelum upacara potong kek bermula baru keluarkan dari peti sejuk.Keluarkan aiskrim kek dari bekasnya dan hiaslah sesuka hati diatas kek tu.
TARAAAA................
p/s biskut oreo tu sepatutnya dapat dilihat disekeliling kek tu..tapi sebab aiskrim dikacau hana hingga terlalu cair semasa dicurah kedlam bekas ni makanya aiskrim melimpah keluar dicelah-celah dan  meliputi biskut oreo...umpp..tak pass lagi la ni ya!!!
                                                      happy cooking

Sunday, June 17, 2012

Double Celebrations


Hari minggu yang agak bermakna.Hari ini hari jadi ke 7 my little laling  and to day is also happened to be Father's Day.So terus buat 2 in 1 celebration.
Memang tak ada party for little laling as we already told her that she will only have a birthday bash every five years.Party hanya untuk tahun ke 5,10 dan 15.....so kena la dia tunggu yang ke 10 sebab 2 years ago dah ada bday bash masa dia berumur 5 tahun.
Untuk harijadinya tahun ni dia mintak mamanya buat icecream cake,pulut kuning dan rendang ayam and of course her Dora coklate.Tapi kesian..... sebenarnya dia tak sihat hari ni.Cuaca yang sangat berjerebu membuatkan sinus dia agak teruk.
Untuk my old laling pula sempena hari bapa ni,mama masakkan Red Velvet Pancake yang dihidang dengan caramelize epal sos for breakfast. So pagi ni kami jamu selera dengan pulut ,kuning ,red velvet pancake dan icecream kek.Sambil tu tengok la setengah gambar2 yang disnap tadi (muka orang2 yang baru bangun tidor dan dipaksa hadiri parti hari jadi yang bukanya parti).


Happy B-Day Hana and Happy Father's Day Papa....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info