Salam Pagi sabtu untuk semua.
Semalam dah makan nasi briani bersama acar dan kerutuk ayam, nasi impit serta sambal kacang.So dah 1 hari asyik makan makanan pedas.Pagi ni kita beralih ke masakan china pula.Maskan yang dikukus,penyejuk tekak.
Makanan kegemaran anak2 dan hubby.Prawn dumplings.
Prawn dumpling kalau nak makan yang halal kena la pergi keChinese restoran di hotel-hotel besar baru la dapat yang halal. Kalau tak, kena la buat sendiri kerana dumplings yang dijual dikedai-kedai makan china biasanya tak halal.
Lagi pun buat sendiri boleh makan sampai puas hati.kalau kat Hotel satu tray ada 3 biji dgn harga yang mahal Maka terkulat-kulat la anak-anak makan atau terkulat-kulat la bapanya membayar bil....
Ada kawan-kawan bloger yang bertanya pasal tepung Tang Mei Fun (wheat Starch) yang menjadi bahan asas untuk kulit dumpling ni.Tepung ni boleh didapati dikedai runcit cina.Kebetulan di Putra Heights ni ada kedai runcit cina yang banyak barang-barangnya P.Ros boleh beli bila nak masak masakan cina.
Resepi kulit kali ni memang kena dengan cita rasa dan mudah nak mengulinya,Tak perlu ada tips istimewa pun. Sekali kacau tepung bersama air panas dan uli,terus jadi cantik.
Cuma pesanan P.Ros kalau sapa-sapa nak buat untuk 2 3 orang makan, buat separuh dari adunan ni saja ya, Sebab 1 adunan ni boleh dapat dalam 60 biji.Kalau ada-apa-apa pertanyaan boleh tinggalkan massage ya. Selamat mencuba.
Bahan Kulit Dumpling
* 300grm tepung Tang Mein (wheat starch)
* 75 grm tepung beras pulut
* 150 grm tepung ubi
* 3/4 sudu kecil garam
* 675 ml air panas mendidih
* 9 sudu makan minyak masak
The Original Recepi from here
Skin:
75g glutinous rice flour
150g tapioca flour
3/4 tsp salt
675 ml boiling water
9 tbsp cooking oil
Cara membuat Kulit Dumpling
1- Ayak semua 3 jenis tepung dalam mangkuk dan campurkan sedikit garam
2- Buat lubang ditengah-tengah tepung tadi dan tuang air panas kedalamnya.kacau dulu mengunakan sudu dan biarkan agar sejuk sedikit.Bila dah boleh pegang uli menjadi doh.
3- Uli doh tadi bersama minyak hingga doh menjadi licin dan cantik
4- Sapukan papan canai dengan tepung ubi dan canai doh menjadi kepingan-kepingan bulat yang nipis .
5- Letakkan sekeping diatas tangan dan masukan 1 sudu inti dan pleat tepi kulit dumpling menjadi bulat (P.Ros letakkan sekeping potongan kecil kubis dibawah dumpling supaya tak melekar dipinggan,boleh juga guna daun salad)
6- Kukus dumpling selama 8 ke 10 minit. Siap untuk dihidang.
7- Sebelum menghidangnya sapukan sedikit minyak bawang putih diatasnya.
- Sift flours into a mixing bowl and add in salt.
- Make a well in the centre and pour in boiling water; mix well to form a dough.
- Gradually work and knead in oil.
- Roll dough into a long sausage and cut into small portions.
- Lightly dust work surface with tapioca flour; then flatten each piece of dough into thin disc.
- Fill with prepared fillings and pleat the edge of the skin tightly to form a dumpling.
- Steam dumplings under rapid boiling water for about 8 minutes.
- Brush dumplings with oil.
Bahan Inti (resepi P.Ros )
Bahan-bahannya
* 2 biji carrot sederhana besar disagat halus
* 12 ekor udang besar setiap seekor dipotong 3
* 300 grm minced chicken
* 2 pelepah daun bawang
* 1/3 bawang besar dipotong halus
* 1 sudu besar minyak bijan (boleh kurangkan jika tak suka)
* 1 keping chicken stock
* 1 sudu kecil gula
* 2 sudu besar tepung jagung
Cara menyediakan inti
Perah kan sedikit air dari carrot.Campur semua bahan kedalam 1 mangkuk dan gaul rata.Pastikan pati ayam hancur dan digaul betul-betul rata dengan bahan lain.Bahan inti sipa untuk digunakan.(Boleh juga disediakan lebih awal dan simpan dalam peti sejuk.
Minyak bawang putih
Potong halus bawang putih.masukkan dalam 1/3 cawan minyak kedalam mangkuk dan masukkan bawang putih tadi.masak dalam microvawe selama lebih kurang 2 ke 3 minit atau mengikut cara dan kepanasan microvawe masing-masing.
Dumpling ni boleh dihidang dgn sos kegemaran masing-masing.
Puan Ros campurkan Thai cili sos bersama oyster sos dan air panas mendidih. Campur mengikut kepekatan yang disukai ya.
Fillings:
(A)
about 300g yam bean, shredded
a small carrot, shredded
2 cloves garlic
50g dried shrimps, chopped coarsely
salt & pepper
- Saute garlic and dried shrimps until fragrant.
- Add in shredded yam beans and carrot and stir fry until cooked.
- Add salt and pepper to taste.
- Set aside to cool.
(B)
350g chinese chives, cut finely
50g dried shrimps
2 cloves garlic
salt & pepper
- Saute garlic and dried shrimps until fragrant. Add into chives and season with salt and pepper.
happy cooking




