Donut lembut

Salam hujung minggu untuk semua.Dah beberapa hari tak ada N3 sebab tak ada yang istimewa yang dimasak,Samaada masak yang simple atau makan kat luar je.Now cuti sekolah dah bermula,Ada la sikit kelapangan.Dan P.Ros raikan permulaan cuti sekolah dengan donut lembut warna-warni ni yang sangat simple untuk membuatnya.Sedap pula untuk dimakan bersama secawan kopi panas dipagi minggu begini.Resepi diCNP dari My Resepi.Semua komen yang diberikan mengatakan betapa lembutnya donut ini.Memang betul apa yang dikata.Lembut.....dan hiaslah sesuka hati.Bagi yang ada budak2 kecil kat rumah pilih la warna2 terang untuk memeriahkan lagi suasana dan kecilkan sikit saiznya supaya senang nak makan. Pagi ni P.Ros pilih white chocolate, chocolate perisa strawberry dan dark chocolate sebagai hiasan.Jom mendonut...

 Resepi Asal :My resepi 

Bahan-bahannya

  • 3 cawan tepung gandum 
  • 1 cawan air suam kuku
  • 2 sudu besar mentega
  • 6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis) (P.Ros guna 4 sudu besar)
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 1 paket yis (jenama mauripan)
  • 1 biji telur 

Cara-cara

  1. Cairkan mentega dan ketepikan.
  2. Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
  3. Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
  4. Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.
  5. Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.
  6. Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.
  7. Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice...
Nota: Setelah adunan kembang P.Ros jadikan bebola kecil sebesar bola pimpong dan diletak diatas dulang yang telah disapu minyak masak supaya tak melekat.Tangan juga disapu minyak masak semasa membuat bebola dan gunakan hujung jari telunjuk untuk membuat lubang sebelum digoreng.
                                                              happy cooking


Comments

  1. wahhh meriah sungguh warnanya kak....saya dah lama teringin nak buat warna2 cam gini..tapi tiap kali buat lepas tu mesti malas nak salut2kan..last2 tabur gula je..hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Q,kak rumah akak pulak kalau donut dgn gula je kelaut la jawabnya.Tak ada yang akan sentuh...terukkan???Sebab tu kalau buat donut mesti ada apa2 topping atau glaze baru jalan dan laju je.

      Delete
  2. comel-comel belaka..hmm tp saya selalu gagal klu bab mendonat ni...tak gebu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Salam Atie,cuba resepi ni,pasti jadi sebab sangat senang dan ringkas.

      Delete
  3. salam p. Ros...sy ni mg pminat donut tegar...tambah yg kalerful camni..cam budak2 plak...hehehe

    ReplyDelete
  4. Salam Umi.Memang kadang2 kita pun teringin nak jadi budak Banyak benda2 yang dia orang dapat sekarang kita tak dapat masa kecik2 dulu.Contohnya donut kaler maler nikan???hihihi

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Kak Paty memang simple dan harus dicuba.pasti suka dan tak rugi tenaga.

      Delete
  6. salam Ros,kita angkut resepi ya..terimakaseh share di sini..nampak lembut dan comel2 je donut tu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nim, silakan dan pastikan buat untuk anak2 yang sedang bercuti.Pasti mereka suka.

      Delete
    2. salam kak..boleh share resepi topping donut akak ni yng pink dan coklat tu.

      Delete
    3. Salam anonymous, topping pink,putih dan coklat tu sebenarnya semuanya coklat masakan.Boleh beli cooking coklat warna pink ke hijau ke,oren ke dekat kedai bahan-bahan kek.Sekarang ni coklat pun ada macam-macam color tau.

      Delete
  7. saya dah cuba guna resepi ni, mmg sedap dan gebu..cumanya bentuk donat saya tak cantik le...sbb adunan dia lembik, jadi susah nak acu...

    ReplyDelete
  8. Salam Desa Permai,
    Lembik sangat ya, mungkin lain kali kurangkan air sedikit. Tapi donut biasanya hilang bentuk bila kita mengangkatnya selepas dia naik, so memang kena hat-hati.terima kasih kerana mencuba.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts