Burger Steaks

 Salam raya  semua.Mood raya belum habis dan mood masak belum menjelma sepenuhnya.Tapi perut seisi rumah minta diisi.So kita masak simple dinner and Laling said "mama,simple and nice dinner,I like it."  Pernah tengok resepinya dalam  salah 1 blog masak seberang laut.maka hari ni kita mencubanya cara kita dan dengan apa yang ada.


bahan-bahannya
* 800 grm daging hancur
* 1 cawan bread crumb
* 2 biji telur
* 1/2 biji bawang besar dipotong dadu
* 1/2 biji capsicum (tak da pun tak apa) 
* 1 keping pati ayam
* 2 sudu besar Lea & Perins sos
* 1 sudu besar Master Food  Cajun seasoning
* 1 sudu kecil McCormick mixed herbs
* 1 sudu kecil sebuk lada hitam
* secubit garam

Cara-caranya
1- Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk dan campur semua hingga sebati. Perap seketika.
2- kepal bancuhan daging  dan jadikan kepingan burger.(boleh dapat dalam 7 biji  burger sederhana besar).
3- Panaskan sedikit minyak dan goreng daging burger hingga perang di kedua-dua belah daging tadi.Angkat dan ketepikan.


cara membuat sos
1- Dalam kuali dan minyak yang sama, masukkan 1 sudu butter.Bila butter cair masukkan potongan bawang besar dalam 1/2 biji.goreng hingga layu dan taburkan 1 sudu besar tepung gandum.Kacau hingga gandum masak.
2- Masukkan pula 3 cawan susu segar.kacau rata dan masukkan 1 keping stock ayam,1 sudu kecil sos lea & perins.kacau lagi.
3- Masukkan juga 1 sudu kicap pekat dan kacau rata. Masak dengan api perlahan hingga kuah pekat.Boleh juga dimasukkan jus dalam pinggan burger yang dah digoreng kedalam periuk sos dan taburkan sedikit sebuk lada hitam.
4-Masukkan semula daging burger kedalam sos dan biarkan ia mendidih sebentar(didihkan diatas api kecil sahaja).Boleh diangkat dan dihidangkan bersama sosnya semasa panas-panas.
5- Burger steak ni boleh dihidangkan bersama potato salad dan salad timun.












Comments

Post a Comment

Popular Posts