Mereka yang sudi.......

Friday, September 9, 2011

Kristal Ball


Salam malam.Yang ni selingan biskut raya atas permintaan cikgi2 kat tadika supaya masukkan resepi kat sini sebab dia org nak buat untuk Chinese New Year.Bawa bagi mereka makan last week and they like it very much.Resepi biskut ni dari Kak1 blog citarasawan.Thank u kak1.And for my cikgi-cikgi,this is for you my dearest... also for my two princess when the time is come for 2 of you prepare for Raya on you own,this is 1 of the delicious and easy cookies to make.Always remember that this is also 1 of papa's favourite cookies.

 Resepi CNP from -Citarasawan

Biskut Suji Crystal / Crystal Ball Cookies

Bahan A(diayak bersama)
250gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh baking soda

Bahan B
125gm gula icing
1/8 sudu teh garam
100gm badam kisar (dipanggang)
1/2 sudu teh perisa vanila
200gm minyak sapi (cairkan dan sejukkan)

Perwarna : pink, hijau dan kuning  (any color of your choice)
Hiasan: gula kaster

Cara-cara :

1. Satukan  bahan A dan bahan B kecuali pewarna. Gaul perlahan-lahan sehingga menjadi doh yang lembut.  Rehatkan selama 20 minit atau lebih.
2. Bahagikan doh kpd 3 bahagian dan letakkan tiga jenis perwarna secukupnya.
3. Susunkan ketiga-tiga doh ini kpd satu doh yg panjang dan bahagikan doh ini kpd 10gm setiap doh.
4. Bulat-bulatkan doh dan susun didalam loyang pembakar.
Panaskan ketuhar. Bakar pd suhu 150c selama 15-20 minit.
5. Biarkan sejuk dan salutkan dengan gula caster

Note for my self: boleh kurangkan gula dalam adunan sebab biskut sudah cukup manis bila disalut dgn gula caster.



2 comments:

  1. Salam lebaran Ros, banyak lagi ke kuih raya? Colorful cookies....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info