Mereka yang sudi.......

Sunday, September 25, 2011

Roti Labu

 Salam hari minggu.Roti labu yang rasanya seperti kek ( my laling said it taste like mooncake)  untuk sarapan. kalau ahli keluarga tak ramai buat separuh dari adunan dibawah pun dah cukup. Mata kita agak kelabu kot sebab masa baca resepi tu tak perasan dia dah cakap boleh dapat 2 biji pumpkin bread.Resepi asal boleh tengok kat sini.
kita juga tukar sukatan baking powder dan baking soda.Gula juga dikurangkan sebab tak ada apa-apa kacang dan diganti dengan kismis.Apa-apa pun janji sarapan pagi ni dah siap.Amin! (sebenarnya roti atau kek ni rasanya macam bingka pun ya)

* 3-1/3 cawan tepung gandum
* 1 sudu teh baking powder
* 1/2 sudu teh baking soda
* 1½ sudu teh garam
* 1 teaspoon nutmeg (kita tukar dgn serbuk kayu manis)
*1 cawan minyak masak
* 2-2/3 cawan gula (kita guna 1 1/2 cawan saja)
* 4 biji telur
* 2  cawan labu yang telah direbus dan lenyek halus
* 2/3 cawan air
* 1 sudu teh vanilla
*1 cup chopped pecans (or walnuts)(tak ada so kita guna kismis)


1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 F.Dan sapukan sedikit minyak pada loaf pan.
2. Dalam mangkuk campurkan semua bahan kering.ketepikan
3.Pukul gula dan minyak masak hingga sebati,masukkan telur,puree labu air dan vanilla.Pukul lagi hingga semua bahan sebati dan agak gebu.
4. Masukkan bahan kering sedikit demi sedikit dan kacau perlahan sehingga semuanya bahan sebati . Masukkan kedalam 2 loaf pan dan bakar hingga masak lebih kurang dalam 1 jam.
5. Sejukkan diatas redai sebelum dipotong dan dihidangkan
                                                         
                                                    happy cooking
                                               



24 comments:

  1. kak ros...cantik roti labu tu...
    nampak pun sedapp la..

    ReplyDelete
  2. menggoda roti labu tu. and glad to hear that you really like the cekodok.

    ReplyDelete
  3. Salam mas.MNama aje roti tapi rasa macam kek je...

    ReplyDelete
  4. hye kak sihat ke?akak tak mari ke convo ?

    ReplyDelete
  5. Hai mimi sihat.convo yang next year la mi....kita yang terlebih excited.

    ReplyDelete
  6. Assalam kak ros, tengok roti akak ni kita teringat breadmaker kita tu macam dah lama kita kasi dia rest..heheh..macam bingka ya kak roti ni..

    ReplyDelete
  7. Hai ayu...wah meriahnya raya open hse.Benda kat atas tu entah rotike???kek ke??? bingka????hari ni lagi rasa macam mooncake..
    cuba ayu buat and tell me wat do you think???

    ReplyDelete
  8. as-salam
    tengok je dah berselera Roti labu tu..macam kek pun ada..

    ReplyDelete
  9. Hai ady.thank u singgah dapur akak.Jemput makan roti/kek tu.

    ReplyDelete
  10. Kak Ros, Naz suka labu tp lom pernah cuba buat roti labu.. Nmpk cam best je tu...

    ReplyDelete
  11. Nampak best resepi ni, nanti kak nak cuba pulak..

    ReplyDelete
  12. Salam treat n trick...cuba nanti bagitahu kita ya.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Kak Ros,

    cantik betul nampak roti bingka tu...mesti sedap ni kan?? Masuk list dulu lah kak...hehe,thks for sharing recipe.

    ReplyDelete
  14. k'ros....roti ni mesti lemak2 manis kan...sedapnyer

    ReplyDelete
  15. Ros, nampak sangatla yummy roti ni.... dan cucur ibundo tu lagila buat kak rose jejeh air liur... kiv resepinya ya.

    ReplyDelete
  16. kak rose.. cantik roti nyer tu. ni mcm quick bread la kan.. sah wangiii jeee

    ReplyDelete
  17. Hai Ida, kak ros suka makan roti ni dan minum kopi.

    ReplyDelete
  18. Kak Ros ,cucur ibundo tu memang sedap.Ros bagi kat neighbor dan staff cuba semua pun suka.

    ReplyDelete
  19. Salam izah,Izah yang pakar nak kena cuba dan bagitahu kak ros ni roti ke kek????conpuse kak ros dibuatnya.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum akak...
    cantiknya tgk roti labu tu akak... wah nampak menarik .. diana x perna lg buat... bab labu2 nie mmg diana suka sgt makan.. mmg sedap.. teringin gak nak buat nnt.. InsyaAllah

    ReplyDelete
  21. Salam Diana,boleh cuba buat separu adunan kalau takut banyak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info