Mini Butter Scones


Salam pagi Ahad. Rumah kehabisan gas tok leh wat breakfast hukk..huk..Ini pula resepi pagi semalam. Semalam ada open hse kat rumah maksu kita. Hidangannya pasti masakan pantai timur kerna tukang masak yang ditempah khas baru sampai semalam dari Kelantan (my nenek la).So hidangannya pasti nasi dagang masakan timur, maka sarapan paginya kita  buat masakan barat.Scones yang dimakan bersama butter dan jam.pagi ni kita buat mini scones yang krispy diluar dan lembut didalam.Baunya semasa sedang dibakar betul-betul wangi. Memang sesuai untuk sarapan atau minum petang. 
Sila la cuba .

Bahan-bahannya
* 2 1/2 cawan tepung gandum
* 1/3 cawan gula
* 200 grm butter sejuk
* 1/2 cawan yogurt
* 1 sudu kecil baking powder
* 1/4 sudu kecil soda bikarbonat
* 1 biji telur gred b atau c
* 1/2 cawan gandum untuk digukan masa menguli dan menerap scones


                                             Laling makan hapis 1 pinggan
                                       My 3 princess with my nenek and their moyang

                                                       Little laling still in her hariraya mood
Cara-caranya
1- Dalam mangkuk campurkan gandum,gula dan serbuk penaik.Gaul rata dan buat lubang ditengah.
2-Parut butter sejuk dalam lubang campuran gamdum dan gaul gamdum dgn butter menggunakan hujung jari menjadi seperti serbuk roti.
3- Pukul yogurt dengan telur hingga sedikit kembang dan gebu.
4-Campurkan bancuhan yogurt kedalam adunan gandum dan uli adunan menjadi doh yang lembut dan tak melekat ditangan.Gunakan gandum didalam cawan tadi sekiranya perlu
5- Tabur gandum diatas papan canai dan canai adunan  dan terap dgn acuan bulat yang tak terlalu besar.
6- Panaskan oven pada kepanasan 160 ke 170 dan bakar scones dalam 20 minit hingga bahagian atas agak garing.
7- Angkat dan hidang bersama butter dan jam semasa panas-panas. Sedap.... selamat mencuba.





       

    Comments

    1. salam ziarah.tkasih sudi berkunjung ke blog sy. :)
      bnyk yg menarik di sini..terpikat dgn ice cream cake tu,cantik n kreatif! :)

      ReplyDelete
    2. Salam Del.thank u juga sudi singgah.Blog Del memang superb.Pasti kak Ros datang selalu.

      ReplyDelete
    3. Scone ni kalau makan time suam2 memang sedap....pekena ngan kopi panas pula....

      Kak Ros, Pasar Tani yang selalu saya pergi tu kat Kota Kemuning area2 shop lot McD tu...Pasar dia kecik jeee tapi sayur & lauk kat sana fresh2..saya suke....Setiap hari rabu sebelah petang...

      ReplyDelete

    Post a Comment

    Popular Posts