Fishball Sup

Salam makan malam.masakan yang amat ringkas dan sedap.makan dengan nasi masa panas-panas dan kebetulan hari ni hujan dari petabg tadi tak brenti.Lada putih yang ada dalam sup ni dapat la juga menghangatkan badan.bayang kan hirup sup panas-panas pada hari hujan.......cuba kira jumlah fishball dalam sup,dah tinggal 11 kan? sebab kita ngap sebiji masa nak klick-klick gambar.Almost terbakar lidah kut.....tak sabar punya pasal!


Bahan-bahannya
* 12 biji fishball (ikan parang)
* 2 keping halia nipis dipotong memanjang *
* 2 ulas bawang putih dipotong halus *
* 1/2 biji buah tomato buang sedikit bijinya dan dipotong dadu kecil-kecil *
* 1/2 jiji bawang besar potong nipis *
* 2 paket cendawan enoki
* 1 keping pati ayam
* 1/2 sudu ajishio -campuran lada putih dan garam (ikut citarasa)
* 4 mangkuk kecil air
* 1 pokok daun bawang hiris halus

Cara memasak
1- Panaskan 2 sudu besar minyak makan.Masukkan semua bahan * dan tumis hingga terbit bau.
2- Masukkan pula air dan kiub ayam.Biarkan kuah batul-betul mendidih .
3- Masukkan cendawan enoki serta separuh daun bawang dan kecilkan api.Biar sup mereneh dalam 10 -15 minit.Tambah 1/2 sudu kecil ajishio dan.rasa sup , tambah apa-apa yang patut mengikut citarasa masing-masing
4- Taburkan lebihan daun bawang semasa menghidang.









Comments

Post a Comment

Popular Posts