Mereka yang sudi.......

Saturday, September 24, 2011

Cekodok Bangi/Cucur Ibundo

 
Salam pagi sabtu.Cucur ni memang kita dah niat nak buat masa 1st time tengok kat dapur ibundo.Dan hasilnya memang memuaskan.Sungguh sedap .crispy kat luar dan lembut sungguh didalamnya.Kita makan berbiji-biji.Biar kenyang sampai tengahari sebab nanti nak gi raya open hse rumah anak murid.Belum habis lagi open hse weh!
Berbalik dgn crita cucur ni kita cakap dgn little laling " come and eat the cucur ni baby,very nice, mama put rice inside..dia datang ambil sebiji dan ngap dan terus pandang kita sambil berkata" I didn't see any rice inside???????"where did you put it mama????Weh... budak ni...." I already blended it with other things...do you like it?? " Yes mama ...it's very nice.ok then....
Thank you ibundo.Kita suka cucur ni.Tapi disebabkan kita tak nak bazirkan nasi yang ada kita gunakan dalam 2 cawan nasi dan hanya lebih kurang 1 1/2 cawan gandum.Tetap sedap.Kita nak CNP resepinya kat sini .Halal kan ya. Lagi satu kita nak tukar namanya sebab kita rasa nama cucur ibundo lagi ngam dengan nama blog tuan resepinya .Boleh ya.


Source of recipe : Dapur Ibundo
2 1/2  cawan tepung gandum
2 biji ubi kentang sederhana besar di parut halus
1 batang carrot sederhana besar diparut halus
1 tangkai daun sup dihiris halus
2 helai daun bawang dihiris halus
2 sudu penuh majerin (penuh maknanya bila kita kaut majerin tu satu sudu, tak payah diratakan)
2 biji telur
1 sudu kecil serbuk stok ayam
garam secukup rasa
segenggam ikan bilis (kalau genggam korang kecik sangat, lebihkan) *
1 bijji bawang besar yang sederhana saja besarnya *
1-2 biji cili merah *
1 cawan nasi sejuk*
Blender bahan yang bertanda * ditambah dengan sedikit air.  Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata. Tambah air secukupnya, tidak terlampau cair dan tidak terlampau pekat. Kacau terus dalam dua minit.
Panaskan minyak dan sudukan batter ke dalam minyak yang panas di atas api perlahan sehingga kekuningan.
Sedia untuk dimakan dicicah dengan sos cili atau ngap dengan cili api.

Note: P.Ros blend nasi dengan telur,butter,,bawang cili dan ikan bilis bersama 1/2 cawan air.Tuang kedalam mangkuk dan baru dimasukkan gandum sedikit-sedikit hingga mendapat kepekatan adunan yang diingini.


4 comments:

  1. mmg SEDAP! rasa mcm nak buat lagi je. :)

    ReplyDelete
  2. Kak Ros suka la..now dah ada solution untuk habiskan nasi berbaki kan Del?

    ReplyDelete
  3. wah tergudanya tgk cucur kak ros ni ,sihat ke kak

    ReplyDelete
  4. hai mimi, sihat...asyik gi open hse je...dah bertambah-tambah sihat jadinya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info