Mereka yang sudi.......

Tuesday, September 20, 2011

Rendang Kerang

Salam malam, Hari ni kita tak ada idea nak masak apa for dinner. Buka freezer yang ada hanya 2 ekar ikan bawal.3 ekor ikan sardin kecil, 1/2 packet isi ayam dan 1 packet isi kerang ni. So kita decided tu keluarkan isi kerang,tapi belum tahu nak masak resepi apa.Lepas tu keluarkan pula lengkuas,serai,cili merah,cili padi,daun limau purut dan kerisik yang ada dalam1/2 paket.So nak masak apa???????????????? belum tahu la...ambil la pula bawang besar dan bawang putih yang memang tak disimpan dalam peti,lagi apa?????????? ek... 1 kotak santan yang ada sebelah bekas bawang..Sooooo.......ini lah jadinya...rendang kerang.Tapi kita tak tahu brapa gram isi kerang tu, sebab kita main kopek bungkusnya dan masukkan dlam besen (lebih kurang 1 mangkuk  kot).kerang ni pulak belum masak nampak banyak dah kering airnya tak ada la banyak sangat.Apa pun kita suka..sedap makan dengan nasi panas.

Bahan-bahannya
* Isi kerang secukupnya (sebab kita lupa tengok beratnya)
*1 paket santan kara 200ml + 1/2 cawan air
* 2 keping hirisan lengkuas
* 2 keping hirisan halia
* 3 batang serai
* 1 biji cili merah
* 2 biji cili padi (boleh tambah)
* 2 sudu besar cili giling
* 2 ulas bawang putih
* 1 helai daun limau purut dihiris halus (boleh tambah)
* 2 keping asam keping
* garam dan gula secukup rasa
* 1/3 cawan minyak masak
Cara memasak 
1- Kisar semua bahan kecuali cili giling.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.Masukkan pula cili giling.Goreng bahan hingga betul betul terbit minyak.
2- Masukkan pula santan dan asam keping,kacau sebentar.Masak hingga kuah mendidih dan kuah betul betul pekat.
3- Masukkan isi kerang dan kacau.Masukkan garam dan gula dan biar rendang mendidih.Masukkan kerisik dan hirisan daun limau purut.
4- Masak hingga rendang pecah minyak dan pekat.Tambah apa-apa perasa yang patut.Angkat dan siap untuk dihidang.
*gambar kat atas tu hanya separuh dari rendang yang kita masak,.masih ada lagi setengah mangkuk kat atas meja







10 comments:

  1. Ros... feberet mama memang kerang,lagi2 dibuat rendang,ermmm..terliur juga...kalau nk buat rendang harus beli 3 kg ni,nanti dh kering dpt sikit je...

    ReplyDelete
  2. kak ros..lama dah mas tak makan rendang kerang..
    sedappnya tengokk..

    ReplyDelete
  3. Salam mama...uhhh sampai 3 kilo??? kalau rumah ros grenti kena buka gerai nasi lemak baru boleh habis 3 kilo kerang tu..

    ReplyDelete
  4. salam mas, rendang kerang makan dengan nasi lemak lagi menjadi kan??

    ReplyDelete
  5. sedap ni kak ros makan dgn nasi lomak

    ReplyDelete
  6. Sodap mi,tapi yang ni tak pedas sebab takut little laling tak leh makan

    ReplyDelete
  7. sedap makan dengan nasi lemak atau pulut kuning.

    ReplyDelete
  8. kdg2 buntu tak tahu nak masak apa kan..rendang kerang tu nmpak sedap sangat. :)

    ReplyDelete
  9. Thanks Del.Ibundo ada cadang suruh makan dgn pulut kuning.mesti sedap kan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info