Mereka yang sudi.......

Thursday, September 22, 2011

Baked Fish And White Sos

Salam semua.Tajuk org putih tu.. tapi resepi tulis melayu la ya.Tak dok kot org putih yang nak baca blog ni,orang-orang coklat yang baca blog ni semua tahu baca bahasa org putih kan??? So mesti tahu la apa tajuknya kan?
Sebenarnya ini resepi  nak cepat, Masukkan semua dalam oven sambil tu kacau sosnya. Siap ...hidang ...makan.....lepas tu????? kena basuh lah pinggan2 tu..... huk huk huk...




Bahan-bahannya
* 4 keping ikan dory
* 1 1/2 sudu kecil mixed herbs Mccomick
* 2 sudu besar minyak makan 
* sedikit serbuk lada hitam
* secubit garam
* 1 sudu jus limau
Basuh ikan dan keringkan airnya dgn kitchen towel.campurkan rempah ,garam,jus limau dan minyak masak.Lumur rata pada ikan dan biarkan seketika.Bakar dgn suhu 200C selama lebih kurang 15 minit.

Untuk sos putih
1- Panaskan 2 1/2 sudu besar butter hingga cair, tumis  2 ulas bawang putih dan 1/2 biji bawang besar yang dipotong halus dan dadu hingga terbit bau.  Masukkan pula 1/1/2 sudu besar tepung gandum.Goreng hingga gandum masak.Masukkan 1 cawan susu segar dan kacau hingga sebati dan mendidih .Pastikan sos dikacau selalu.
2- Masukkan 1 1/2 sudu besar mayonnaise  dan 2 sudu besar air limau nipis atau lemon Masukkan juga sedikit serbuk lada putih.Cuba rasa dan tambah garam dan gula secukup rasa.Siap untuk dihidangakan.

Note: P.Ros rebus 3 biji kentang yang dipotong 4.Kemudian atur dalam tray dan dibakar bersama ikan.
 Jus dari ikan yang dibakar juga boleh digunakan untuk membuat sos.P.Ros tak guna kan jus tu untuk sos sebab ikan dan sos dimasak pada masa yang sama.











8 comments:

  1. sedapnya kak...saya suka sos putih tu..lepas ni boleh cuba...:)

    ReplyDelete
  2. Hai Quinnie Biasanya kak ros buat sos putih ni tak masuk mayonnaise.kali ni masukkan dan akak pun suka

    ReplyDelete
  3. Selalu pun nampak ikan dori frozen kat giant..tapi tak tau nak masak apa..len kali boleh gak cuba ni...resipi sihat ni...main bakar2 jeeee

    ReplyDelete
  4. Sue.ini memang kegemaran kat rumah ni. Semalam pun tak cukup.Kak baru balik dari giant ni dan beli 2 packet lagi.

    ReplyDelete
  5. Assallamualaikum puan Ros..
    Salam perkenalan dari Nadz dari COSK.. Nadz jumpa link Puan Ros ni dari blog kak Nur..Izinkan Nadz follow dan link blog puan Ros ke blog Nadz ye..

    ReplyDelete
  6. Salam Nadz.Thank u sudi follow.Will do the same.Nanti Kak Ros datang ya.

    ReplyDelete
  7. Salam KakRos. Along buat sos putih tu takletak mayo, nnt kita nak cuba gak. Thx for sharing.

    ReplyDelete
  8. Hai Along.kak Ros pun 1st time letak.Kak Ros suka.Tapi Atas selera masing2 la kan.Dah cuba bagitahu kak Ros ya suka ke tak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info