Mereka yang sudi.......

Sunday, September 11, 2011

White Bottom Coffeecake

Salam syawal semua.Hari ni tentu ramai yang buat rumah terbuka  atau menghadiri rumah terbua. Kita pula terpaksa hentikan segala activiti raya hari ni sebab nak hantar 2
nd princess ke rumah sewa barunya diPuncak Alam.Banyak la barang-barang yang nak diangkut.Esok dia dah mula semester baru dicampus baru Uitm Puncak Alam.Leceh sungguh sebab ini semester akhir baginya dan nak kena tinggal kat rumah sewa.Banyak la benda yang nak dibeli.
Tahap stress kita dah mula nak memuncak.So sebelum apa-apa jadi I need something to cool me down especially anything to do with coffee. Kat dapur pun masih banyak bahan-bahan kek raya dan ada 1 bungkus besar tepung almond yang dibeli dgn niat nak buat macaroon. Sebelum minum kopi terasa pulak nak makan kek kopi.Maka tercipta la white bottom coffeecake ni secara tak sengaja.memang sedap untuk sarapan pagi atau minum petang bagi penggemar2 kopi. Selamat mencuban ya!

White Bottom Coffeecake
Original recipe by: P.Ros at Sinaranmenu.blogspot


Bahan-bahan bahagian atas kek
*250 grm butter
* 2 cawan tepung gandum
* 3 biji telur gred A
* 1 cawan gula(boleh kurangkan jika tak suka manis)
* 3 sudu kecil coffee emulco
* 1 1/2 sudu baking powder
* 3 sudu kecil sour cream
* Butter secukupnya untuk disapu pada acuan





Bahan-bahan bahagian bawah kek
* 1 cawan tepung badam
* 8 sudu besar gula perang
* 1 sudu besar sebuk kayu manis (boleh tambah jika suka)


Cara-caranya
1- Campurkan kesemua bahan bawah kek dan ketepikan.
2- Putar butter ,gula dan sour cream hingga kembang
3- Masukkan pula telur sebiji-sebiji,putar sebentar.Masukkan kopi emulco dan kacau sebati.
4- Gandum diayak bersama serbuk penaik dan masukkan kedalam adunan butter sedikit demi sedikit.Kacau adunan hingga sebati dengan kelajuan sederhana.
5- Panaskan oven dgn kepanasan 160C.
6- Sapu butter dibawah dan sekeliling acuan kek yang kecil atau muffin pan (lebih kurang 1/2 sudu kecil butter) Masukkan 1 1/2 sudu ke 2 sudu bahan2 bawah kek (banyaknya bergantung pada saiz acuan). Ratakan.
7- Masukkan pula 2 sudu besar adunan bahagian atas kek dan ratakan.Bakar selama 20 minit atau hingga kek bertukar warna coklat.



11 comments:

  1. Salam Kak ros..emm itulah asam garam kita dalam kehidupan kan..pasti ada naik turunnya....

    Emmmmm...stresss dah turun yaaa...jom kita naikkan plak kalorinya ngan menikmati kek yang sedap ini....

    Psstttt..bila tgk tray ni tingat plak tray murah kat Giant ari tu yang masih belum dirasmikan lagiiii.Ngeeeee

    ReplyDelete
  2. Sue pinggan kecik tu kak Ros beli kat Daiso IOI mall. Rm5.00 je. Kak Ros memang tak leh gi Daiso, selalu rambang mata.Anak-anak selalu marah.

    ReplyDelete
  3. Kak datang nak makan kek yang cantik tu, nak 2 bolih?

    ReplyDelete
  4. salam,
    bundo datang sini tengok2 resepi sedap.

    ReplyDelete
  5. Hai treat n trick,dah habis yang.Abg memang kaki makan kek..habis dibantainya.

    ReplyDelete
  6. salam,kak ros! =0)
    sedap nyer kek coffee tuh..ada lagi x..nak sebijik ;0)
    anak akak study kat puncak alam ke? rumah sewa area mana? vee tinggal kat puncak alam..tapi vee study kat UM..setiap awal pagi after subuh, bergerak ke UM sb takut lambat & jammed =0).
    nanti dtg ler singgah rumah saya =0).

    ReplyDelete
  7. salam vee. Kek dah habis yang.Bila2 lapang kak ros singgah ya.

    ReplyDelete
  8. jalan lurus lepas econsave..pastu masuk simpang belah kanan x? yg tepi jalan byk kedai kayu tu ke kak? masok ke dlm kan area tu..rasa nya fasa 3 tuh..vee duduk fasa 5.
    nanti akak kalu dtg puncak alam, jgn lupa singgah rumah saya ya =0).

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info