Mereka yang sudi.......

Tuesday, September 6, 2011

Anak Buah Dan Alunan Kasih

Salam semua.Mood memasak belum datang la. Dah penat masak untuk bulan puasa dan tak rela dah nak tengok ayam maupun daging.So kita masak yang biasa-biasa aje maka tak adalah resepi2 yang dirasa boleh dikongsi disini.
Tengah layan mood raya ni teringat pulak gambar anak-anak buah yang handsome dan cantik-cantik tu.Dari yang tua hinggalah yang kecik skali.So kita nak tepek gambar2nya kat sini tanda sayang kita pada mereka semua.

Juga disertakan resepi kek alunan kasih yang fames dikalangan blogger masak.Dapat resepi dari MYResepi dan terima kasih pada tuan resepi (Puan Mastura Yasak) yang kreatif .





Anak buah yang paling tua dan yang pertama mendirikan rumahtangga.Dah dikurniakan seorang anak yang menjadi pujaan seisi keluarga.
                                                   Anak-anak dara yang masih available


 Anak bujang ni pun masih available kecuali yang paling kanan yang akan melangsungkan pertunangan soon dan ayah su (baju hitam dan samping atas bahu) yang pergi menepek sebelah anak-anak buah.Maalum la masih available jugak!

                                                  Yang ni hitam-hitam sitampok manggis ya...

Anak dara yan g dua ni emmmm...tak payah cakap la.....
 
Ni pulak pujaan hati dan pengarang jantung semua orang


 This cake pulak... I Love...!




Bahan-bahannya

  • 5 Biji Telur
  • 2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
  • 2 cwn gula halus (boleh kurangkan..sy guna 1 ½ cwn je)
  • 3 sudu kecil baking powder
  • ½ cwn susu cair
  • 1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
  • *Serbuk koko (secukupnya)
  • *Pewarna ( ikut citarasa masing2..)
  • 1 1/2 cwn planta @ 1 buku buttercup 250gm
Cara-cara
  1. Pukul planta dan gula smpai kembang
  2. Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
  3. Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit
  4. Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pink dan satu bhgn pwrna hijau
  5. Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 *sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.
  6. masukan lapisan kedua..warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua
  7. Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…

1 comment:

  1. wah ada kek love la kak ai like heheheh,kak berseri Hanna dengan warna ijo tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info