Hari ni merupakan hari sukan bagi tadika P.Ros dan pagi tadi kita hampir2 dapat sakit jantung.Tahun lepas sewa dewan dibagi PA system sekali,Tahun ni bila sampai kedewan dibagitahu tak ada PA system.OMG.....pagi Ahad mana nak cari PA System??? tapi Alhamdulillah sebelum acara bermula masaalah dapat diselesaikan dan hari sukan berjalan dengan lancar.Yang penting semua anak-anak pulang dengan perassan gembira bersama medal masing.masing.
kalau kawan2 perasan N3 sebelum ni adalah resepi brownieskan?, dan N3 kali ni masih lagi brownies.Kebetulan ada cream cheese dalam peti dan petang semalam tak tahu apa nak makan for tea-time.Resepi red velvet brownies ni dah lama disimpan dan finally semalam semangat untuk membuatnya telah datang.Tak kurang sedapnya dibandingkan dengan brownies2 yang lain.My laling kata dia suka....bagus la ling.Hari ni balik dari dewan dia hentam lagi...laku brownies mama eh...sila tengok resepi asal disini ya.Kita dah olahkan semula sebagaimana kita membuatnya.
Bahan-bahannya
Untuk Brownie
86 grm butter
80 grm cooking coklat
2/3 cawan gula
2 biji telur
1/2 cawan + 1 sudu besar gandum
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar pewarna merah
1/8 sudu kecil garam
Untuk Cheesecake
250 grm krim cheese
1 biji kuning telur
1/3 cawan gula halus
1 sudu kecil vanilla
Cara-cara untuk membuat brownies
1- Campurkan butter dan coklat masakan kedalam mangkuk tahan panas dan masak dalam nicrowave selama 30 saat.Angkat keluar kacau dan masukkan kedalam mangkuk adunan.
2-Masukkan gula dan telur kedalam campuran coklat dan pukul sebati.
3- Campurkan tepung gandum bersama garam dan serbuk koko dan masukkan kedalam campuran coklat tadi.kacau lagi hingga semua bahan sebati. Tambahkan pewarna merah dan kacau rata.
4- Simpan 1/4 dari adunan dan selebihnya dimasukkan kedalam tray berukuran 9x9 yang telah dilapik dengan parchment paper.
5- Untuk cream cheese: Campurkan semua bahan dan pukul hingga kembang dan lembut.
6- Letakkan cream cheese diatas adunan brownies tadi dan ratakan secara perlahan dan cermat.
7- Letakkan sesudu adunan brownies di beberapa tempat atas adunan cream cheese dan dengan mennggunakan pisau lakarkan garisan dari kana kekiri dan atas kebawah.Pastikan pisau tidak terlalu kedalam untuk dapat melihat lapisan merah dibawah.
8- Bakar brownies dalam oven dengan kepanasan 180c selama 25-30 minit. Pastikan brownies betul-betul sejuk dahulu sebelum dipotong .
happy cooking

