Pleated Tuna Bread

Salam sabtu.Roti ni dibuat untuk sarapan pagi tadi. Memang puas hatikan  bila makan roti yang panas-panas dari oven dan dari airtangan sendiri. Dah agak lama juga tak meroti.
Pagi tadi teringin pula nak makan roti dan lama tak buat roti berpintal-pintal ni.Ada 1 tin tuna, maka jadi lah roti pintal tuna ni.Dapat 6 batang.Tak payah nak berebut.Sapa bangun cepat dapat makan yang panas-panas.Mana-mana yang bangun lambat tu makan la yang sejuk atau panaskan semula dalam oven. Tapi roti ni memang lembut sampai kepetang. Resepi yang sama diulang-ulang. Sila jamu mata ya.
Bahan-bahan untuk roti
  250 gram tepung roti 
 20 gram gula halus 
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
1/2 biji telur (Pecahkan sebiji telur dan kacau sedikit,gunakan lebih kurang separu saja)
6 gram instant yeast
25 g shortening
125 ml air suam 
 
Bahan untuk inti
1 tin tuna
4 sudu kecil mayonnaise
1/2 biji bawang besar potong dadu
campur semua bahan hingga sebati

Cara menyediakan doh
1-Masukkan yeast kedalam air suam dan biarkan sehingga berbuih.
2- Dalam mangkuk, campurkan tepung dan semua bahan lain.Ramas sebati.Tuangkan bancuhan yeast kedalam adunan dan uli hingga menjadi adunan yang lembut dan sedikit lembik.(P.Ros uli adunan mengunakan tangan dan putar adunan mengikut putaran jam, putar hingga adunan tidak melekat ditangan.Sekiranya adunan agak lembik taburkan tepung dan terus menguli adunan dengan terus memutar adunan tadi hingga siap).
3- Tutup mangkuk adunan dengan tuala dan biarkan sehingga kembang sekali ganda.
4- Bila adunan dah kembang,tumbuk sedikit untuk keluarkan angin dan bentuk menjadi sebiji bola besar.
5- Dari sebiji bola besar bahagikan kepad 6 biji bebola kecil (lebih kurang 100g setiap biji)
6- Ambil sebiji bebola kecil tadi dan canai menjadi nipis dan memanjang.Kelar kedua-dua belah roti seperti dalam gambar dan letakkan bahan inti ditengah.
7- Lipat roti berselang seli. Buat hingga siap semuanya.
8- Sapu permukaan roti dgn kuning telur dan taburkan sedikit bijan diatasnya.
9- Bakar roti dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 15 ke 20 minit.
10- Hidang roti panas-panas bersama secawan roti atau kopi panas.

                                                                 happy cooking

Comments

  1. menariknya kak, boleh saya cuba ni :)

    ReplyDelete
  2. salam...lama dah tak buat roti, seronok BM tu cuti :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. CK, kak ros tak de BM..so pakai jari-jemari ku yang montok je..tapi gebu=gebaz juga roti tu..hihihi

      Delete
  3. Tumpang sekeping roti panas ye Kak Ros, dah kakRos hidangkan dengan minuman panas, alamatnya lamalah Amie duduk di dapur kak Ros!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amie...mai cepat..duk lama pun tak pa. banyak kita boleh sembang nanti ya.

      Delete
  4. Salam Kak Ros..pertama tahniah atas kejayaan concert@Summit last week...

    Kedua..Pastinya..emmmmmm sedapnya roti ni..suke idea buh tuna dalam tu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts