Mereka yang sudi.......

Tuesday, November 13, 2012

Donut Rainbow


Salam cuti sekolah dan happy Deepavali untuk semua yang membaca. Sempena hari deepavali terpikir nak buat sesuatu yang colourful seperti kolam, dan jumpa resepi donut rainbow ni kat sini. Ianya juga merupakan project pertama litte laling sempena cuti sekolah.
Tapi tak tahu dimana silapnya, mungkin terkurang susu atau terlebih gandum donut ni agak keras sedikit.Masa mengadumnya hati dah berkata-kata adunan ni agak melekit, rasanya sepatutnya cair sedikit ,tapi tangan pula lambat bertindak untuk menambahkan susu dan adunan diadun seperti asalnya.
Rujuk pada resepi asal dan lihat la gambar donutnya yang cantik.
Disebabkan keadaan donut yang tak memuaskan, P.Ros tak buat glazenya takut tak ada yang nak memakannya.Kebetulan cream perisa strawberry yang dibuat untuk Hokaido Chiffon kek masih ada dalam peti.jadi donut tu dipotong 2 dan diletakkkan krim ditengahnya.Menjadi juga akhirnya.Sedap juga...kalau sapa-sapa nak bereksperiment pastikan adunan cair sedikit.

Bahan-bahan
* 2 cawan tepung gandum
* 3/4 cawan gula halus
* 3/4 cawan buttermilk (P.Ros campurkan susu dengan 1 sudu cuka makan)
* 2 biji telur
* 1/2 sudu garam
* 2 sudu kecil baking powder
* 2 sudu besar butter yang dicairkan
* 1 sudu vanilla essence


cara-cara
Panaskan oven dengan suhu 170C
1- Gandum dan baking powder di ayak dalam 1 mangkuk besar.Campur bersama gula dan garam.
2-Telur dipukul sedikit dan tuang kedalam gandum tadi.Guna senduk atau hand mixer untuk mengadunnya.
3- Tambah pula susu dan butter dan kacau hingga sebati.
4- Bahagikan adunan kepada 6 atau 7  bahagian dalam mangkuk kecil dan warnakan setiap 1 adunan dengan warna-warna pelangi .
5-Masukkan adunan kedalam piping bag dan picit kedalam acuan donut hingga memenuhi lebih dari separuh acuan donut.
6- Bakar donut selama 15 ke 20 minit. Angkat dan sejukkan .Letak glaze diatasnya atau pun letak krim macam P.Ros buat diatas.
Note: Untuk glaze campurkan gula icing bersama susu atau whipping cream sedikit demi sedikit  sehingga mendapat
Kepekatan yang dikehendaki.



  happy cooking

9 comments:

  1. Woo... hardworking now, school holiday started already, so you can bake more cake horr..

    ReplyDelete
  2. Chooking tomorow I start kerja already...ada cambridge class, lepas tu ada holiday camp dan kena buka offices for next year registration.....wish me luck for next year.

    ReplyDelete
  3. Slmt bercuti sis. menarik donut rainbow. dibakar rupanya dlm acuan gitu, acuan dah lama ada tp rasmi lagi......boleh juga mencuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mamasya..kak ros pun sebenarnya merasmikan acuan baru jugak..hehehe..

      Delete
  4. Oh... rajinnya Kak Ros mencuba! Sangat kreatif dan nampak sungguh menarik! Abaikan yang keras tu... janji dapat jamu mata dengan keindahan warna pelanginya tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amie..warnanya meriahkan???seronok tengok warna-warna pelangi

      Delete
  5. waduh cantik banget kakros!! suker tgk kaler pastel donut tuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam rindu puan Doc....warna yang membuat kita lebih ceriakan??

      Delete
  6. Salam kak ros.. nk beli acuan tu d mana ye? dh lama cari xjmpa pula. Sblm ni pnh nmpk tp xigt kt mna.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info