Mereka yang sudi.......

Tuesday, November 6, 2012

Ayam Bersos Plum Dan Madu


Salam untuk semua.Minggu ni minggu terakhir persekolahan bagi tahun 2012.Dan minggu ni adalah minggu paling sibuk bagi P.Ros dan guru-guru.So kalau masuk dapur tangan akan capai apa je yang ada kat peti ais dan tak ada specific resepi yang nak dimasak. Hari ni pun sama.Kaluarkan je apa yang ada dan ini lah hasilnya. Ayam bersos plum dan madu yang manis-manis masam.Jemput tengok resepi.
 Bahan-bahannya
* 6 keping paha ayam
* 1 inci halia
* 3 ulas bawang putih
* 3 biji bawang merah
* 2 sudu besar sos plum
* 1 sudu besar kicap cair
* 1 sudu besar kicap manis
* 1 sudu besar kicap pekat
* 2 sudu besar madu
* sedikit garam
* sedikit serbuh lada hitam
* 1 sudu besat minyak masak 
* 1/2 cawan airg
Cara memasak
1- Tumbuk lumat bawang dan halia dan gaul bersama ayam yang telah dibasuh bersih dan dikelar dikedua-dua belah paha ayam.
2- Masukan pula semua bahan lain termasuk minyak masak kedalam mangkuk ayam tadi.Gaul hingga semua bahan sebati.perap selama 1/2 jam.
3- Masukkan ayam yang diperap tadi kedalam kuali bersama 1/2 cawan air.
4 Tutup kuali dan-masak atas api sederhana hingga kuah mendidih.
5-Setelah ayam mendidih buka penutup kuali dan masak hingga air ayam kering dan kuah menjadi pekat.Sekiranta ayam belum betul-betul  masak tambahkan sedikt air dam masak hingga kuah betul-betul masak.
taburkan sedikit serbuk lada hitam jika suka atau pun masukkan 3 ke 4 keping daun pudina.Kacau sekejap dan siap untuk dihidang.

                                                                 happy cooking

                                                                                            

9 comments:

  1. Replies
    1. Coo King, memang yummy!!! your kids will love this.

      Delete
  2. tengah sibuk ye ros. Memang banyak kerja nak buat. Selagi tak selesai selagi tu lah tak senang duduk.
    hmmm.. nampak sedap lauk tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bundo..turn kita la pulok sibuk dengan concert dan graduation.Tapi masak tetap masak.

      Delete
  3. salam kros...dap2 ye. btw syok kan @msia mg ni dah last sekolah. kami awal bln dec baru cuti. sebulan je cuti @sini :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ros tak sabar akak nak cuti.Tapi cuti kejap je.Lepas tu masuk offis balik..kalau tak tak de murid..haru...

      Delete
  4. slm Kak Ros...
    nmpk sedap lauk ayam tu...

    ReplyDelete
  5. Wow! Berkilat! Sedapnya nampak ... kita jilat bibir aje ni dari jauh Kak Ros weiii.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info