Mereka yang sudi.......

Wednesday, November 14, 2012

Pratha Chicken Pot Pie


 Salam untuk semua. Pot pie yang sangat sedap dan tak payah bersusah payah membuat kulit pienya. 
Seperti yang P.Ros katakan sebelum ni, Pratha adalah bahan yang selalu P.Ros simpan stocknya sebab macam2 boleh dibuat mengunakan pratha bila ketandusan idea apa nak masak.
Jom tengok resepi dan cuba lah bila ada masa,memang takkan rugi mencubanya.

Bahan-bahannya
* 6 keping roti prata jenama kawan (ini untuk 3 mangkuk ramekin saiz kecil dan 2 remekin bersaiz besar)
* 1 tin Kimball mushroom sup
* 1 batang carrot dipotong sederhana besar
* 1 biji kentang dipotong sederhana besar
* 1/2 batang chinese leeks (macam daun bawang tapi bersaiz besar)
* 1/2 biji bawang besar dipotong dadu
* Isi ayam dari 3 keping paha ayam dipotong kecil (jika ada dada ayam lagi baik)
* 1 sudu besar sos lea and perrins
* 1 tin air (gunakan tin sup tadi)
* 4 sudu besar whipping cream


Cara-caranya
1- Sapu butter pada keliling remekin dan ketepikan
2- Panaskan dalam 1 sudu besar minyak masak.Tumis bawang hingga terbit bau.
3- Masukkan pula ayam yang telah digaul dengan sos lea and perrins.Kacau rata.
4- Masukkan pula kentang,carrot dan leeks dan dikacau sebati.
5- Curahkan sup cendawan yang telah dibancuh bersama air dan cream.Masak hingga kuah mendidih. Tak perlu masukkan garam sebab rasa yang ada pada sup sudah secukup rasa. Tambah serbuk lada hitam.Kacau sekejap dan tutup api.Biar sup sejuk sedikit
6- Sementara menunggu sup sejuk,sapukan butter pada seluruh remekin.
7- Ambil sekeping pratha yang telah agak lembut dan masukkan kedalam remekin (sekeping pratha cukup untuk remekin yang kecil dan 1 1/2 keping untuk remekin yang besar)
8- Masukkan sup yang dah agak suam tadi dan lipat bahagian tepi pratha bagi menutupi sup.Untuk remekin yang besar gunakan separuh roti pratha.Tarik-tarik sedikit pratha tadi dan letak diatas sup dan tutup secara kemas.
9- Sapu permukaan pie dengan kuning telur.
10- Panaskan oven dgn suhu 200C dan bakar pie selama lebih kurang 1/2 jam atau permukaan atas pie telah perang.
Nota: Tunggu suam sedikit sebelum dihidangkan takut melecur lidah sebab krim didalam pie memang panas.

                                                                   happy cooking

4 comments:

  1. syukur kerana saya di pertemukan dengan blog kak Ros yang banyak berkongsi resepi ringkas ini yang menjadi kesukaan saya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Su..makanan macam ni memang peberet anak2 kak Ros. Kena selalu cari idea baru.

      Delete
  2. wah nampak sangat sedap tu Ros akak macam nk try jugak sbb nampak simple je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak Noor sila buat.Makan panas2 musim hujan ni..memang terangkat habis.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info