Mereka yang sudi.......

Monday, November 5, 2012

Udang Kari Mayo

Salam makam malam.Resepi simple. Ada udang je dalam peti. Teringat nak buat butter prawn..tapi tak ada daun kari.So apa yang ada P.Ros campakkan dalam kuali dan ini lah hasilnya.Creamy udang perisa kari.
Bahan-bahannya
* 30 ekor udang sederhana besar
* 2 sudu besar mayonise (tambah jika mahu udang lebih creamy)
* 1 sudu besar rempah kari
* 3 biji bawang putih
* 4 biji cili padi
* 60grm butter
* 1 sudu besar sos lea and perrins
* 1/2 sudu kecil garam
* 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
* 1 sudu besar tepung beras
* secubit gula




Cara memasak
1- Buang kepala dan kulit udang dan tinggalkan ekornya sahaja.belah belakang udang dan cuci bersih .
2- Gaul udang bersama garam, serbuk kunyit, sos lea and perrins dan tepung beras.Perap sebentar.
3- Panaskan butter dan tumis bawang putih yang dipotong halus hingga terbit bau.masukkan udang dan kacau rata.
4- Bila udang dah bertukar merah masukan serburk kari dan kacau hingga rempah kari masak.Masukkan pula mayonise dan goreng hingga semua bahan sebati.
4- Tambah sedikit gula dan cili padi yang dipotong halus kacau hingga sos udang kelihatan seperti pecah minyak.Taburkan daun bawang dan angkat.
5- Hidang bersama nasi panas.

                                                               happy cooking


  

6 comments:

  1. This is nice and delicious, i like it!

    ReplyDelete
  2. Assallamualaikum kak Ros..

    Tetiba rasa cam nak menitis lak air liur ni dari mulut..hehehe.. Sedap nampaknya tu kak. Naz ni kalau tgk resepi ada cili padi tu, mmg rasa nak meleleh jer air liur.. Nanti boleh trylah bila2..

    ReplyDelete
  3. Dah try buat. Sedap sangat sangat sangat!thank you for the recipes :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous..terima kasih sudi cuba udang mayo tu..lain kali boleh buat lagikan???

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info