Tart Telur Roti



Salam untuk semua.
Cuti sekolah dah pun bermula. Banyak la masa yang boleh diluangkan didapur. Untuk hari ini idea resepinya  muncul secara tiba-tiba. Dek kerana masih ada 2 bungkus besar roti gardenia dan En laling dah mula pot-pet-pot-pet...tanya "mama what are you going to do with the bread???"
Wink..wink..roti lebihan bawa masa bawa anak2 ditadika pergi picnic hari Khamis lepas. Kebetulan tekak terasa nak makan egg tart tapi malas nak menguli pastrynya.
Secara tiba tiba muncul idea nak buat mangkuk roti dan masukkan kastard kat dalamnya sebelum ni pernah buat mangkuk roti yang berinti...ayam
Untuk membuat tart mangkuk roti ni:
1- Pastikan roti di lipat kemas didalam bekas muffin supaya filling tak mengalir keluar.
2- Berhati-hati semasa menuang filling agar tak meleleh keluar untuk membolehkan tartnya  dikeluarkan dengan  mudah selepas dibakar.
3- Bahagian tepi roti akan menjadi sedikit keras sekiranya dibakar terlalu lama ( bergantung pada kepanasan oven masing-masing).
Untuk resepi fillingnya P.Ros dapat dari blog small-small baker. Thank u tuan punya blog. I kongsi resepi kat sini ya.



Bahan-bahannya
*16 keping roti gardenia
* 5 biji telur
* 120grm gula
* 350 grm air panas ( ini idea sendiri sebab tak nak masak air gula)
* 100 grm susu cair (evaporated milk)- lainkali P.Ros nak lebihkan susu dari air sebab En laling kata "I think u should put more milk than water to make it taste even better".


Cara membuatnya
1- Gelek nipis semua roti dan lipat hujungnya dengan kemas dan tekan masuk kedalam bekas muffin.
2- Campurkan gula dan air panas, kacau sampai gula hancur dan ketepikan hingga sejuk atau suam-suam kuku.
3- Campurkan susu bersama air gula kacau sebati. Masukkan pula telur yang telah dipukul sedikit dan kacau hingga semua bahan sebati.Tapiskan kedalam bekas bersih (p.Ros masukkan dalam measuring cup untuk memudahkan menuangnya kedalam mangkuk roti.
4- Tuang bancuhan filling kedalam mangkuk roti dengan perlahan dan pastikan tak meleleh keluar.
5- Panaskan oven pada suhu 170C. Bakar tart roti selama lebih kurang 25 minit dan fillingnya tidak lagi berombak bila disentuh. 



                                                    happy cooking 

Comments

  1. waaahh...kak Ros bessst nyer.xpayah nk mengadun doh buat kulit tart.nk try...nk try...kebetulan ada roti kt dapur :)

    ReplyDelete
  2. Cik Nor..ya memang sesuai untuk orang2 yang kekurangan vitamin RAJIN!!!hehehe.

    ReplyDelete
  3. as-salam Puan....
    wahh nampak mcm senang buat nie, i likeee...nanti nak buat laa 8:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasya , memang senang...janji ada roti yang tak habis...hehehe

      Delete
  4. salam kros…haritu saya tgk selina dlm masterchef buat tapi egg cup for breakfast. menarik jugak klu bt filling kastard ni. kena tg roti tak laku lagi la gini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ros..kak Ros dah pernah buat mangkuk roti inti ayam dan cheese.. sedap tau..saja hari ni nak cuba masukkan egg custard pula.

      Delete
  5. assalam,

    okey juga kan tak membazir roti...nampak oun sedap ni..boleh cube nanti..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts