Mangkuk ayam dan cheese

salam untuk semua. Hari ni masih bercuti kan...so dapat la berlama-lama didapur dan masak apa yang hendak dimasak.
Pagi ni P.Ros buat Mangkuk roti yang berinti ayam dan creme cheese.Memang sedap.Bagi penggemar creme cheese harus la dicuba resepi ni.Rupa mangkuk roti yang P.Ros buat ni tak secantik tuan punya resepi yang buat...tapi memang sedap.
Nak tengok resepi asal jemput la ke sini ya. 

Bahan-bahanya
* 12 keping roti
* 100 grm isi dada ayam
* 100 grm creme cheese
* 4 batang daun pasly cina
* 3 batang daun bawang
* 1/2 cawan potongan carrot
* parutan cheese secukupnya.Moza atau cheedar
* secubit garam

Cara-caranya
1- Basuh dada ayam, rebus dan angkat, sejukkkan sebentar.Bila dah sejuk carik dada ayam menjadi halus mengunakan garpu.ketepikan.
2- Potong halus semua  bahan sayur-sayuran .
3- Potong keliling tepi roti dan dicanai menjadi nipis.
4- Sapu butter diseluruh permukaan roti dan masukkan kedalam muffin pan. Buat la seperti mangkuk.
5-Dalam mangkuk bersih masukkan semua bahan yang dipotong,isi ayam,creme cheese, segenggam cheese dan secubit garam.Gaul semua bahan hingga sebati (P.Ros gaul guna tangan)
6- Isikan bahan intik kedalam mangkuk roti tadi dan taburkan sedikit cheese diatasnya.
7- panaskan oven dengan suhu 170c dan bakar mangkuk roti selama 15 ke 20 minit hingga bahagian keliling roti keperangan.
8- Hidang lah semasa panas untuk menikmati creme cheese yang lazat (jangan sampai melecur lidah ya).

                                                                         happy cooking  

Comments

  1. oooo roti ke tepi tu heehhe bagus ni...akan cuba dlm rumah ni memang semua tak makan tepi roti hehehe

    ReplyDelete
  2. Wahhhhh kreatifnya kak ros...tak pernah terfikir nak buat mcm ni..mesti rangup je roti tu kan tapi sedap sbb ada ayam kat dalam nya...mesti cuba ni!

    ReplyDelete
  3. waaa terliurnya...... nak kena beli oven dulu baru boleh cuba

    ReplyDelete
  4. salam Ros...nekcik dah balik..mai sepuluh cawan!! lapaq

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts