Muffin Coffee Blueberry




Salam untuk semua.
Hujan renyai-renyai kat luar dan kami baru lepas makan malam. Mungkin disebabkan hari hujan teringin pula mengunyah sesuatu sambil nonton TV.
Langkah diayun kedapur dan terlintas nak buat sesuatu berasaskan kopi. Maka Lahir la resepi yang mudah dengan hanya mengunakan apa-apa saja  bahan yang kebetulan ada didapur. Lembut dan sedap...
Sanbil menikmati muffin dan menonton TV hati terasa gundah memikirkan kehilangan seorang budak lelaki cina berumur 6 tahun. Sedihnya hati kedua ibu bapa malah william yang masih kecil yang dipisahkan secara demikian. Hati terasa gelisah memikirkannya mungkin kerana kejadian berlaku hanya seberang jalan dari terletaknya tadika P.Ros.
Minta dipelihara semua anak-anak ditadika kami. Takut memikirkan yang The Walking Devils berkemungkinan lalu lalang di tadika kami untuk mencari mangsa untuk diculik.Selisih malaikat....Ya Allah selamatkan semua anak-anak kecil kami yang belum mengerti akan kekejaman dunia ini.
Update: muffin dah habis makan 3 biji....

Bahan-bahannya
* 125 gr butter
* 100 grm gula perang
* 150 grm tepung gandum
* 3 biji telur gred A
* 1 sudu kecil coffee emulco
* 1 sudu kecil chocolate emulco
* 2 sudu besar sour cream
* 1/2 sudu kecil baking soda
* blueberry pie filling secukupnya 


Cara-caranya
1- Putar butter dan gula perang hingga kembang dan gebu. Masukkan telur sebiji-sebiji dan putar hingga semua bahan sebati.
2- Masukkan pula sour cream dan kopi emulco + coklat emulco.Pukul lagi,
3- Masukkan gandum yang telah dicampur dgn baking powder dan pukul sekejap.
4- Gunakan spatula dan kacau dan balikkan adunan hingga semua bahan betul-betul sebati.
5- Masukkan adunan kedalam cawan muffin pilihan masing-masing.Masukkan separuh mangkuk sahaja.
6- Kemudian letakkan pula sesudu kecil blueberry pie filling dan seterusnya masukkan sesudu lagi adunan kedalam mangkun muffin untuk menutup inti.
7- Panaskan oven dgn suhu 160C dan bakar muffin selama 15 minit.
                                                                        happy cooking  



Comments

  1. Salam kenal...singgah sini.nampak menarik mapin ni...biasa kite buat bluberri je...blh lh try nnti :-)

    ReplyDelete
  2. Kalau ada blueberry memang tak fikir 2 kali... terus ngap! Suka!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amie, anak-anak kak ros memang suka blueberry miffin,kali ni kak ros masukan kopi dan coklat...nasib baik tak ada yang pening..hihihi

      Delete
  3. sedapnya Ros kopi blurberry mmg fav ni mesti nak kena try jugak,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nur...sedap..kita memang hantu kopi..satu hari tak minum kopi bolrh naik hantu....hahaha

      Delete
  4. Aslmkum k.Rus
    takutkan kisah kanak2 hilang....jgn lah diapa2kan...moga dpt ditemui semula
    muffin....sedap buat minum ptg ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mamasya...banyak juga manusia berhati syaitan yang berkeliaran...memang menakutkan...tapi dapat juga tenangkan hati bila dah habis 3 biji muffin dihentam...hehehe

      Delete
  5. Salaam Puan Ros...

    Memang sedih bila terkenangkan kes William tu. Makin pulak dah nak dekat CNY ni kan. Hopefully anak-anak di Tadika Puan Ros dijauhkan dari all these musibah. Tapi it seems, kejadian ni berlaku di malam hari near Ongking tu kan. Apa-apa pun, kita harapkan orang yang 'menyimpan' William tu, segeralah kembalikan William kepada keluarganya. Kesian kat keluarga dia.

    Chocolate plus Coffee plus Blueberry.... OMG! Yummy yummy!

    ReplyDelete
  6. Ya allah .. ye ke kak ros berdekatan dengan tadika akak... sian kann kat mak ayah dia... kemana saya pegi terlekat gambar adik william.. semoga adik william dijumpai dengan selamat....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts