Sandwich Bagel


Salam pagi minggu untuk semua.
Kesibukan ditadika yang telah agak reda sedikit membolehkan P.Ros spend lebih banyak masa didapur dan sememangnya ianya merupaka terapi stress yang paling best bagi P.Ros.
Bagel disapu cream cheese atau scone panas bersama butter memang kesukaan P.Ros semenjak anak dara bahana pernah tinggal di US pada satu masa dahulu....dah lama bercadang nak buat bagel. Hari ni dah nekad nak buat sandwich bagel yang boleh dijadikan brunch.
Resepinya diambil dari MYResepi dan filling sausage bawang besar adalah ilham sendiri.mulanya nak letak chicken meatloaf tapi rupanya stock tak ada dalam ice box. Yang ada cuma sausage yang tetap sedap bila di caramelise bersama bawang besar. Dijemput mencubanya ya.Cuma kalau keluarga kecil boleh lah dibuat separuh adunan sahaja.

Bahan-bahan (dapat 14 biji)
* 15grm yeast mauripan
* 2 sudu makan minyak masak
* 500 grm tepung roti atau tepung gandum
* 2 sudu teh garam
* 50 grm gula caster
* 250 ml air suam
* 1 biji telur (untuk egg wash)
Cara menyediakan
1- Satukan yeast dan air suam dalam mangkuk dan masukkan minyak masak.Biarkan sebentar.
2- Dalam mangkuk besar campurkan tepung bersama gula dan garam dan kacau rata.Buat lubang ditengah dan tuang bancuhan yeast.Uli adunan dalam 10 minit hingga menjadi sebiji bola besar yang tak melekat ditangan (sekiranya doh agak keras tambah sedikit air bersama minyak dan teruskan mengadun).
3- Tutup mangkuhk doh dengan kain lembab dan biarkan naik 2 kali ganda.
4- Setelah doh naik tumbuk sedikit dan jadikan 14 biji bebola kecil(angaran 60 grm setiap 1). Letak bebola doh diatas dulang yang ditabur dengan tepung gandum.Buat lubang ditengah doh mengunakan jari dan tutup dulang dengan kain lembab hingga doh naik sekali ganda.
5- Panaskan air hingga mendidih dan masak bagel selama 1 minit didalam air mendidih tadi.Balik dan angkat.
6- Sementara menuggu bagel sejuk sedikit Panaskan oven dgn suhu 200C dan sapukan telur diatas bagel yang telah sejuk.Taburkan sedikit bijan.
7- Bakar bagel hingga perang dan hidang semasa suam.

Inti sausage dan bawang besar
 Potong bulat dan nipis 4 batang sausage. Hiris halus 3 biji bawang besar.Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang hingga layu.
Bila bawang telah layu masukkan sausaga dan kacau rata. Taburkan sedikit serbuk lada hitam dan secubit garam.masak hingga bawang dan sausage bertukar perang (caramelise). 

Cara menghidang bagel
1- Potong bagel dibahagian tengah menjadi 2 bahagian dan sapukan creme cheese pada bagel ( boleh dimakan bersama creme cheese saja jika suka). 
2- Letakkan daun salad dan sekeping potongan tomato. Letakkan pula sausage dan bawang besar yang digoreng tadi sebanyak yang disuka.Tutup bahagian atas bagel dan siap untuk dihidang seperti menghidang sandwich.

                                              happy cooking  

Comments

  1. Sedapnya bread ini...
    look at nana, emm sedapnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai chu king...Hana always enjoyed what ever I cooked. Good for her huhh...

      Delete
  2. Wow! Nampak berselera sekali anak dara Kak Ros makan Sandwich bagel tu.... aduh pastinta enak banget!

    ReplyDelete
  3. salam Ros, boleh try nnt nampak menarikss lah dah baca resepi nanti akak copy ya

    ReplyDelete
  4. salam...

    penah bt roti bagel, tapi makan mcm 2 ja...
    nti bleh bt sndwch plk...

    ReplyDelete
  5. Anak Ros buat kak jeles aje...Nampak enak letak inti kagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak TNT,,Ros suka mkan bagel kosong dengan creme cheese dan kopi panas..tapi budak2 ni nak inti..

      Delete
  6. sgt mnarik kak..kreatip n lain dr yg lain..nmpk sedap

    ReplyDelete
  7. Wahhhhhh makin menarik menu akak Ros selera tul D5 tgk bagel tu nampak sedap sgt2 :D..

    ReplyDelete
  8. as-salam..
    golek2 sampai sini..
    aii follow..salam kenal dari saya :D

    http://lobaksusue.blogspot.com/2013/01/santan-sawit-yang-lazat-berkhasiat-dan.html

    ReplyDelete
  9. Aslmkm KakRos. Wow, looks so nice -tengoklah si kecil manja yg enak menikmati...

    ReplyDelete
  10. assalam kak ros,
    wah bukan main nga nga lagi model yang cute miut tu.. sedap nampaknya bagel kak ros..kita ni semenjak dua menjak ni nak meroti punya lah malas..kalau kak ros kasi 10 ketul jadilah ..hehe

    ReplyDelete
  11. X PENAH MAKAN KAK BAGEL NI.. GHUPA CAM DONAT TAPI MAKAN CAM BERGER EKK...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts