French Loaf Casserole

Salam untuk semua dan Selamat Tahun Baru.
Kesibukan semasa menyebabkan tak banyak waktu untuk berblog dibulan December. Kini tahun baru menjelma dan resepi breakfast sempena menyambut tahun baru  French Loaf Casserole yang boleh dimakan sebagai sarapan ,makan tengahari atau minum petang.Cukup senang untuk membuatnya dan sedap dihidangkan untuk keluarga.

Bahan-bahannya
* 1 batang french Loaf
* 3 cawan susu segar dan + 1 kotak kecil cream
* 3 biji telur
* 5 batang sausage
* 2 biji bawang besar
* 1 keping pati ayam
* sedikit lada putih atau lada hitam
* 2 cawan mozzarella cheese

Cara-caranya
1-Panaskan dalam 3 sudu besar minyak masak.Masukkan bawang besar yang telah dipotong nipis dan goreng sampai layu.
2- Masukkan pula sausage yang telah dipotong nipis dan goreng kedua-dua bahan hingga bertukar perang.Masukkan pati ayam dan kacau rata.Tutup api dan sejukkan sebentar.
3- Potong french loaf menjadi ketulan kecil dan ketepikan.
4- Dalam mangkuk besar, campurkan susu dan cream serta 3 biji telur.Masukkan secubit garam dan serbuk lada putih. Pukul semua bahan  hingga sebati.
5- Masukkan potongan roti kedalam adunan susu tadi dan tekan serta balik-balikkan sehingga roti menjadi lembut.
6- Bila roti sudah lembut dan meresap sepenuhnya dengan susu, masukkan bawang besar dan sausage yang digoreng tadi dan kacau biar semua bahan bercampur sebati. Masukkan dalam segenggan cheese dan gaul rata.
7- Sapukan butter pada mangkuk casserole dan tuang semua bahan kadalam mangkuk tersebut. Tabur kesemua cheese diatasnya.
8- Panaskan oven dengan suhu 200C dan bakar french loaf casserole selama lebih kurang 45 minit.
9- Sejukkan sedikit  sebelum dipotong dan dihidangkan bersama salad.
                                                                                 happy cooking  

Comments

  1. sedapnya..tringin nk buat juga tp lum ksemepatan lg..hehe

    slmt thn bru buat akak skeluarga :))

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts