Mereka yang sudi.......

Sunday, January 27, 2013

Tuna Mini Bun


Salam hari minggu.Esok sehari lagi cuti...best juga kan??
Pagi ni mengidam nak makan roti, so P.Ros godek tuna mini bun ni. Sedap dan tak puas makan pulak rasanya sebab kecik-kecik agaknya.Mari la tengok jika sudi ya.

Bahan-bahannya
* 2 1/2 cawan tepung
* 1 1/2 sudu besar yeast mauripan
* 1 sudu besar penuh shortening
* 1 sudu kecil gula dan 1/2 sudu kecil garam
* 200 ml air suam
* 1 sudu kecil bread imrover
* 1 biji telur yang dikacau sedikit dan gunakan dalam 5 ke 6 sudu
* Parutan cheese secukupnya.
Bahan Inti
* 1 tin tuna chunk
* 4 sudu kecil mayonnaise
* 1/2 biji bawang besar dipotong dadu
* sedikit serbuk lada putih
Campur semua bahan dan kacau hingga sebati.

Cara menyediakan
1- campurkan yeast dan air suam dalam mangkuk dan biakan kan dalam 10 minit.
2- Masukkan semua bahan kering kedalam mangkuk.Masukkan shortening dan ramas semua baham.
3- Buat lubang ditengah dan tuangkan campuran yeast.Gaul semua bahan sambil dimasukkan telur sesudu-sesudu sambil menguli hingga bahan menjadi doh yang lembut dan tak melekat ditangan.
4- Terus mengulibahan hingga menjadi lembut dan biarkan dalam 1 jam atau doh kembang sekali ganda.
5- Bila doh dah kembang,tumbuk doh dan uli sekejap. bahagikan doh menjadi dua bebola lembut.Ambil sekeping doh dan canai hingga menjadi agak nipis dan letakkan inti diatasnya serta tabur parutan cheese..Gulung doh dengan kemas dan potong menjadi kepingan yang kecil (buat seperti membuat cinnamon roll)
6- Ambil sekeping potongan roti dan letakkan dalam kertas muffin dan tekan sedikit. Paipkan mayonis diatasnya.
7- Buat proses yang sama untuk doh yang kedua.
8- Panaskan oven dengan suhu 180C dan bakar roti hingga kuning keperangan selama lebih kurang 20 minit.


                                                         happy cooking  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info