Mereka yang sudi.......

Saturday, January 26, 2013

Lemak Kuning Pucuk Paku.

Salam untuk semua.
Semalam P.Ros masak lemak kuning pucuk paku bersama udang.  Sedapnya masakan kampung begini.Rasanya ini lah kali pertama memasak gulai kuning pucuk paku ni sebab tak ada permintaan kat rumah ni.
Semalam cuba memasaknya sebab terigin sangat nak makan.Memang sah tak ada orang nak makan...tapi surprise.... my litte laling enjoyed it very much.My laling makan kuah aje dan dua dara tak menjamahnya langsung.   Me...of caurse makan sampai habis nasi 3 pinggan...Tak pa simpan je resepi ni..mana tau dara2 tu dah berkahwin dan beranak-pinak nanti dapat suami yang nak makan sayur kampung kan tak tau nak masak pulak.Ni mama dah tulis resepinya ya nak..
Bahan-bahannya
* 2 ikat pucuk paku
* 2 ke 2 1/2 cawan santan
* 15 ekor udang
* 4 ulas bawang merah bersaiz agak besar
* 4 biji cila padi(tambah jika suka)
* sedikit kunyit hidup atau serbuk kunyit
* segengam udang kering
* garam gula secukup rasa
Cara-caranya.
1- Mesin bawang,cili, kunyit dan udang kering hingga hancur
2- Basuh bersih udang dan buang kulitnya.
3- Panaskan santan bersama bahan yang dimesin tadi. Kacau jangan berhenti takut nanti santan berketul.
4- Bila santan dah mendidih sedikit masukkan pucuk paku yang dah dipotong dan dibasuh bersih.Kacau sebentar.Masukkan pula udang dan masak hingga pucuk paku menjadi layu dan udang bertukar warna.
5- Tambah garam atau bahan perasa yang hendak digunakan.Kacau sebentar dan tutup api.Siap untuk dihidang.
                                                                    happy cooking  

1 comment:

  1. Salam...alamakkkkk apsal tak bgitau...klu tak berdezupppp saya temankan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info