Mereka yang sudi.......

Sunday, May 26, 2013

Lemon Chicken

Salam untuk semua.
Lemon chicken is one of  my 2nd daughter favourite dish. And today when I said that I will cook lemon chicken for dinner she volunteered to prepared dinner for us.Thank you Anak. 
Kerjanya tak susah, chicken fillet yang hanya perlu dibasuh bersih dan dipotong kecil. Sosnya pula memang dah siap. P.Ros suka sos lemon chicken brand Lee Kum Kee. Ada yang pernah bertanya sebelum ini samaada sosnya halal. Memang halal sebab ada tanda halal pada kotaknya dan sekarang ni Chef Wan pun dah jadi duta product Lee Kum Kee. Bagi P.Ros kalau nak beli sos tiram memang tak pernah beli jenama lain..Lee Kum Kee rasanya yang terbaik. Dari dulu sampai sekarang tak pernah tukar jenama untuk sos tiram dam lemon chicken.Jom tengok resepi lemon chicken yang dimasak anak dara ni ya.

Bahan-bahannya
* 1 packet chicken fillet
* 1 sudu besar tepung beras
* 1 sudu besar tepung jagung
* 1 biji telur
* 1 sudu kecil garam (bergantung pada citarasa masing-masing)
* 1/4 sudu kecil serbuk kunyit



Cara memasak
1- Cuci bersih fillet ayam dan potong 2 setiap keling ayam
2- Perasakan ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
3- Masukkan tepung beras, tepung jagung dan sebiji telur.Kacau hingga ayam sebati dan biarkan dalam 10 minit.
4- Panaskan minyak, bahagikan ayam pada 2 bahagian. Goreng bahagian pertama hingga garing keperangan , angkat dan toskan. Lakukan proses yang sama pada bahagian ke dua ayam.
5- Bila semua ayam dah masak, buang sebahagian dari minyak gorengan ayam tadi dan tinggalkan dalam 4 ke 5 sudu minyak dalam kuali yang sama.
6- Tuang sekotak sos lemon dan masak hingga sos mendidih. Masukkan ayam yang digoreng tadi dan gaul rata.Angkat dan hidangkan bersama potongan lemon.
                                                    happy cooking 

2 comments:

  1. Ini memang semua anak suka punya!

    ReplyDelete
  2. Ros... sori, lama sangat x singgah kat sini... lemon chicken yang sentiasa sedap...stok lemon dah ada, cuma kerajinan nak buat x de lagi... telan air liur kat sini dulu la jawapnya. he he he

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info