Roti Labu
Salam untuk semua. Dah seminggu dok berangan nak buat roti. Teringan nak makan roti yang dibuat sendiri sebab dah agak lama nak buat roti. Kebetulan ada sekeping labu yang dibeli semalam. Terus cari resepi labu dan terjumpa beberapa jenis resepi.Tapi P.Ros tertarik dengan resepi diblog MasDuniaku sebab mengunakan air sejuk dari peti ais untuk menguli roti.Biasanya air suam yang digunakan untuk membacuh yis kan.
Adunan yang P.Ros buat agak lembik sedikit mungkin sebab telur bersaiz besar, tapi senang je tambahkan sedikit gandum dan uli hingga lembut. Puan Ros juga sapukan sedikit minyak zaitun diatas tray sebelum diletakkan adunan roti yang telah dibulatkan.
Intinya juga tidak dibuat kerana malas. maka P.Ros taburkan je sedikit gula diatasnya. Terima kasih Mas dan Izah untuk resepinya. P.Ros copy paste kat sini ya.
Roti Labu
Bahan :
- 300 gr tepung roti
- 100 gr tepung gandum
- 100 gr labu, kukus, haluskan
- 15 gr susu tepung
- 2 butir telur
- 75 gr gula pasir
- 2 sdt yis segera
- 77 gr margarine
- 1 sdt garam
- 100 ml air sejuk dari peti sejuk
- 1 biji kuning telur dan 50 ml susu cair, campur rata
- Izah guna madu campur susu segar.
- Mas guna madu + susu segar + sedikit kuning telur
- P.Ros sapu telur kuning sahaja.
Cara membuat bun :
- Campur tepung, gula, susu, labu, yis, aduk rata, ketepikan.
- Tambahkan telur dan air sejuk sedikit demi sedikit, uli hingga jadi doh.
- Tambahkan marjerin, uli hingga elastis, diamkan 30 menit.
- Tumbuk2 sedikit adunana dan timbang 50 gr setiap sebiji dan susun dalam tray diamkan 10 minit.
- Sapu bancuhan telur diatasnya dan tabur sedikit gula putih.
- Bakar dengan190 C selama 12 minit atau roti kelihatam masak dan keperangan
happy cooking
Gebunyee nmpk kak ross
ReplyDeleteSabar Dubai Kak Ros memang gebu...hahaha tapi rotinya lagi gebu hahaha
DeleteTentu sedap roti labu kak Ros... tak pernah makan, teringin nak merasa...
ReplyDeleteAmie, memang sedap.Kak Ros raSA ROTI LABU NI LEBIH SEDAP DARI POTATO BREAD KOT...Wangi baunya masa membakar.
DeleteKak Ros..terima kasih atas ucapan tahniah tu..malu la mieza hahaha...tgk roti labu ni perghhhh gebu gebas kak...dan uniknya! Belum pernah mieza jumpa org jual labu ni..ini satu innovasi product ni kak
ReplyDeleteMieza cuba buat roti tu...lebih sedap dari potato bread tau.
Deletehomemade bread always the best, added pumpkin, sound more healthy!
ReplyDeleteas-salam.
ReplyDeletemesti sedapkan kak.tak pernah lg mencuba.. tgk resepi tu mcm m=best.nak buatnya ntah biler.. hihi