Mereka yang sudi.......

Wednesday, May 8, 2013

Baked Beef Tortilla


Salam untuk semua.
Dua minggu lepas P.Ros ke Summit Shopping complex USJ subang. Jumpa pula sarang tortilla ni dan rasa sungguh berkenan.
Teringat Tortilla bakar yang dimakan di Paddington House of Pancake tidak lama dulu.So hati berangan nak beli sarang dan cuba buat sendiri. Dan ini lah hasilnya. Untuk resepi kali ni P.Ros guna je apa yang ada dalam peti ais.
Bahan-bahannya
* 2 keping tortilla
* 200 grm daging hancur
* sehiris potongan bawang besar yang dipotong dadu
* 1/2 biji letuce dipotong halus
* cheezy sauce dan mayonis

Cara-cara
1- Panaskan sedikit minyak masak dan goreng bawang besar hingga layu
2- Masukkan daging hancur dan kacau daging hingga masak dan airnya kering.Masukkan 1 sudu besar tomato puree.
3- Masukkan pula sedikit serbuk pati ayam dan serbuk lada hitam.Tambah sedikit garam jika perlu.Siap untuk diangkat dan biarkan ia sejuk sedikit..
4- Panaskan oven dengan suhu 170 C dan masukkan tortilla kedalam acuan, Bakar tortilla selama lebih kurang 15 minit atau tepi tortilla kelihatan garing.keluarkan dari oven dan ketepikan hingga tortilla sedikit sejuk.
5- Setelah tortilla sejuk, masukkan potongan daun letuce. letakkan pula daging yang digoreng tadi .Tambahkan sedikit lagi daun letuce diatasnya. Boleh juga ditabur dengan potongan bawang besar dan potongan buah tomato yang telah dibuang bijinya.
Picit cheezy sos ( yang digunakan untuk cheezy wedges) dan mayonis diatasnya. Siap untuk dihidang.


  happy cooking 

3 comments:

  1. salam puan ros...
    lazat... cantik pula presentation nya tu.........

    ReplyDelete
  2. holla kak Ros,
    akak ni kreatif la...mcm mngkuk jer tortila tu...
    tertarik,menarik memang deboom...i like, i like...

    ReplyDelete
  3. Masyaallah canteknya mangkok awak tu..pinjam bpleh nak isi sambal tumis!!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info