Mereka yang sudi.......

Monday, May 20, 2013

Wantan Fishball

Salam untuk semua. dah beberapa hari tak update blog. Kesuntukan masa dan rasa malas membuatkan blog sunyi beberapa hari,
Petang ni buat hidangan minum petang yamg amat sempoi tapi sedap dijadikan kudapan.Resepi asal dari  Wind of change blog.

 Masa mula-mula tengok Ros buat terus berkenan, Tapi hari ni baru berkesempatan membuatnya. Kebetulan tengahri tadi ke Mydin terus beli fishball ikan parang yang nampak sangat fresh,Kulit wantan pula dah ada dalam peri ais so menjadi la membuatnya hari ni.

Bahan-bahannya:
* 24 ketul bebola ikan parang 
* 24 keping kulit wantan bentuk bulat
* Minyak masak secukupnya untuk goreng terendam
* Timun dan tomato untuk hiasan dan juga dijadikan hidangan sampingan
* cili sos/Thai cili sos


Cara memasak
1- Basuh bersih bebola ikan dan rendam kan dalam air panas selama lebih kurang 10 minit.Toskan airnya.
2- Ambil sekeping kulit wantan dan sapu sedikit air disekelilingnya . Letakkan 1 biji bebola ikan dan bungkus bebola ikan dengan kemas.
3- Panaskan mibyak masak secukupnya dan goreng wantan hingga garing.Siap untuk dihidangkan bersama timun dan cili sos.

                                                                     happy cooking 

3 comments:

  1. Kalau hidangan petang beginilah depan saya... habis 24 biji wantan tu saya makan Kak Ros... he he ehh saya hantu wantan!

    ReplyDelete
  2. kak ros mmg kreatifff

    tahniah jua bt kamu kak Ros

    ReplyDelete
  3. specialnya wanton fish ball, lain kali saya nak try juga!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info