Bebola Roti Goreng
Salam untuk semua.
Cucur roti dibuat hari Ahad lepas sempena upacara nak menghabiskan roti yang masih ada sebungkus besar. Kebetulan Nampak kat blog Kak Ros My Kuali dan Rostina Wind of change pada hari yang sama mereka berdua posted resepi bebola roti goreng ni.
Sedap untuk dibuat sarapan. Memang kena la kalau dihidang bersama kopi. Terima kasih pada tuan empunya resepi yang asal.
Bebola roti yang P.Ros buat ni dicampur potongan chicken meatloaf dan chili flakes. Resepi dicopy paste dari blog Kak Ros My Kuali. Thank you daun keladi, lain kali nak copy lagi...
Bahan-bahan
12 keping roti (plain white bread) - potong kecil
2 biji telur - saiz besar (P.Ros guna 3 biji size M )
3 biji cili merah - dihiris (x de, kak rose ganti dengan cili flakes) (P.Ros pun guna cili flakes)
sedikit daun sup/bawang - dipotong pendek
1 biji bawang besar - kalau dah pakai daun bawang guna 1/2 je
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa
1/2 kiub perasa ikan bilis - ABM guna perasa ayam (P.Ros masukkan sikit perasa ayam sebab chicken meatloaf dah cukup rasa masin)
3 sudu besar mayonis - ABM tambah
2 keping fishcake - dihiris kecil (ABM tambah) (P.Ros guna 3 keping chicken meatloaf dopotong halus)
Minyak untuk menggoreng
1. Masukkan roti didalam mangkuk besar dan masukkan telur kedalamnya.
2. Kemudian, masukkan kesemua bahan kecuali minyak untuk menggoreng kedalam mangkuk. Ramas2kan sehingga sebati.
3. Bulat2 kan roti sehingga siap. Jangan terlalu besar pula ye. Agak2 lah saiznya.
4. Goreng dalam minyak penuh sehingga keemasan. Toskan dan siap dihidang.
happy cooking
Something special , i like this。。。
ReplyDeletesalam kak...
ReplyDeletegud idea nih! nanti leh cuba.. thanx kak
baru je lpas try buat..menjadi pun.!! hehe TQ P.Rose ;) <3
ReplyDelete